Pelangi Cinta Buat Suami
Kali ni Madi nak review pasal novel ni. Tengok kat fb, ada kawan beli novel ni and dia kata best sangat!
So, Madi cari and minggu lepas baru jumpa novel ni. Masa tu tinggal satu je. Duit Madi pula ada rm24. Harga novel ni rm30. Huhuhu, pergi kat mak minta duit. Hehehe. Yalah tinggal satu je, takut dikebas orang lain, Madi sorokkan novel ni kat belakang novel2 yang lain. Hahahahah!!
Pertama kali baca novel ni, AWESOME! DAEBAK!!
Tengku Qalif ni bagaikan mayat bernyawa bila si isteri tercinta, Liyana meninggal dalam kemalangan. Qalif pula mengalami kecedaraan yang teruk. Dia ni makan taknak, keluar rumah pun taknak. Asyik2 dengan dunianya sendiri.
Inamina yang mengetahui keadaan Tengku Qalif yang bagaikan mayat hidup, dia berusaha untuk mengembalikan Qalif yang asal. Inamina ingin berkahwin dengan Qalif tetapi Qalif ni menentang! Tapi Inamina mencabar Qalif untuk mengahwininya dan Qalif menerimanya. Cabaran apa tu? Kenalah baca novel ni.
Sekian lama, rumah tanggah mereka semakin bahagia. Tapi satu hari tu, Tengku Qalif sangat berbeza dari sudut pandangan Inamina. Qalif diserang oleh sekumpulan lanun semasa menjalankan tugasnya di pelantar minyak and Inamina menjadi saksi kejadian itu melalui skype. Inamina ingin memberitahu suaminya yang dia mengandung, tapi sebaliknya.
Tengku Qalif tidak dijumpai dan dipercayai sudah mati kerana dia telah dicampak ke dalam laut.
Inamina tak percaya selagi tidak jumpa mayatnya.
Setelah 5 tahun berlalu, ketika Inamina ingin menerima Shauqi iaitu kenalannya, dia mendapat berita Qalif sudah dijumpai di Myanmar.
Malangya, Qalif lupa ingatan dan kembali ke perangainya yang dulu. Inamina berusaha untuk mendapatkan kembali cintanya.
Setelah beberapa bulan,Qalif tidak berusaha untuk mengembalikan ingatannya dan menyalahkan Imanina. Diahanya ingin kembali ke Myanmar dan mendapatkan duit untuk membantu keluarganya disana.
Inamina sudah berputus asa dan membiarkan Qalif membuat keputusan sendiri.
Qalif buntu dan membaca diari miliknya.
Qalif belajar untuk mencintai dan menyangi Inamina seperti dulu. Walaupun tidak mendapat kembali ingatannya, namun itu cukup buat Inamina dan anaknya.
Happy ending! Tapi sedih sebab Qalif tak dapat ingatannya balik. Huhuhu. Cerita ni sedih, dan kelakar.
Kadang2 geram dengan perangai Qalif.
Madi suka dengan sikap Inamina yang masih setia dengan suaminya. Such a lovely couple <3
Madi bagi 10/10 bintang!!
great review hun! :)
ReplyDeleteyup...best cerita ni...tak menyesal bali novel ni
ReplyDeletebtw jom join GA Akie
http://balqislifestyle.blogspot.com/2014/02/giveaway-gadis-floral-by-cik-akie.html