HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Sunday, 16 July 2017

Exam Assistant di UIAM

Salam readers 

Image result for iium

Time sebelum puasa tu ada apply kerja sebagai Exam Assistant (EA) kat Uia Gombak. Dekat je dengan rumah and baru je habis intern, so why not kerja je. Kerja ni start dari 15 May 2017 - 8 Jun 2017. Tapi bergantung jugak dengan kuliah mana yang EA kena jaga. Macam Madi kena jaga student IRK, so rasanya kitorang paling lama jaga students exam.
Kalau korang nak tahu, tahun2 sebelum kitorang, selalunya Uia akan ambil ramai EA. Sangat ramai. Tapi tahun ni berkurang sebab ekonomi meleset. Faham2 la sendiri. 
Masa hari pertama tu, kitorang tak payah jaga student exam lagi. Kitorang kena tolong staff susun kertas dengan file untuk hari exam tu.



So mari pergi ke hari exam pulak. Masa exam ada beberapa tempat yg kitorang kena jaga. Ada dewan besar, yang dipanggil CAC dan kelas. 

Main Hall CAC (paling besar)


Banquet Hall CAC

Engine Hall (maybe?)


Time jaga tu kan bulan puasa, agak penat jugaklah. Kalau time puasa, waktu kerja memang dari 8am - 5pm, tapi kenalah datang before 8am sebab kau kena agihkan kertas walaupun exam start 9am.

Antara tugas EA time exam:
  • Teman students pergi tandas
  • Agihkan kertas soalan + jawapan
  • Kutip kertas jawapan
  • Kutip attendance slip
  • Kalau student tanya soalan, haa panggillah lecturer tu (kalau foreigner tanya, aku panggil lecturer dorang)
  • Kalau meja dorang bergoyang, kita bagilah kertas and lipat, letak bawah kaki meja.
  • Lepas habis exam, make sure kertas jawapan tu sama dengan jumlah students
Tapi ada satu student tu, time Madi first jaga bahagian dia, Madi macam tak peduli pun student ni. Pastu kali pertama Madi tolong dia time nak kutip kertas jawapan and dia tak dapat jawab satu soalan objektif. So Madi pun tolong bagi jawapan sebab student lain jawab jawapan tu. Hehehe

Kali kedua pulak, dia angkat tangan and tanya satu ayat dalam bahasa inggeris. Dia nak buat essay rasanya. Madi pun tolong google. Hahaha, baik betul aku. LOL. Pastu kali terakhir pun dia tanya benda yang sama. Tulah last jumpa dia. Sedih jugak huhuhu. 




Last day so yeay!!


Dapat hadiah dari IRK. TQ

Psst, gaji tak dapat2 lagi. Sekarang dah 16 Julai. Ni lagi sedih sebab dah sebulan lebih tunggu. 








Read More...

Friday, 14 July 2017

STEEVYA Pengganti Gula!

Salam readers




STEEVYA PEMANIS GANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN

Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.   Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi. 

Oleh itu, masyarakat perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat. Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular. Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].   

Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.

KEBAIKAN STEEVYA


Produk STEEVYA ini tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain.
  • Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 
  • Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57). 

Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi. STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa.    
Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin C tersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis. STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka.   Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet. 
Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini. 



KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LENGKAP STEEVYA

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?


Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml. Kebiasaannya hanya dijual dalam kemasan 10 atau 15ml sahaja. Maka, STEEVYA merupakan produk stevia pertama dijual dengan kemasan 50ml dan dijual pada harga yang amat berpatutan.    
Seperti yang kita sedia maklum, produk yang menggunakan ekstrak stevia asli amat mahal dijual di pasaran. Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini

Anda hanya perlu mengeluarkan RM49.00 sahaja untuk sebotol 50ml

Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat.   Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.
Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia. Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa.   Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga. Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA

Layari laman web: www.steevya.net 
 Untuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com   

TESTIMONI STEEVYA








Read More...

Thursday, 6 July 2017

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo? Siapa Mereka?

 Salam readers dan Selamat Hari Raya.

Image result for descendants of the sun song joong ki

Image result for descendants of the sun
(eh?)

Siapa pernah dengar nama lelaki kacak ni, Song Joong Ki? Dan si cantik Song Hye Kyo? Kalau tak pernah dengar, bolehla berkenalan dengan mereka lepas ni. 
Pertama kali kenal dia masa dia ahli tetap rancangan popular iaitu RUNNING MAN. Selepas tu dia berhenti atas2 sebab tertentu.

Image result for SONG joong ki in running man

Tapi tu bukan point yang Madi nak cerita. Baru2 ni, peminat K-Pop terkejut dengar berita yang Joong Ki akan berkahwin dengan Song Hye Kyo. Seorang pelakon yang sangat popular. Drama yang femes antaranya Full House.

Image result for Full house korean drama

Selepas habis drama Descendants Of The Sun, ada gosip mengatakan yang Song Joong Ki dan Song Hye Kyo ni couple. Tapi dorang dua menafikan. Drama Descendants Of The Sun ini tamat pada 2016 dan kat berita online kata dorang dua dah start bercinta sebelum penggambaraan lagi. Auchh. Pandai korang sorokkan ye?

Image result for song joong ki

Related image

Jadi mereka berdua bercadang mahu berkahwin pada bulan 31 October 2017

Tarikh lahir Song Joong Ki: 19 September 1985
Tarikh lahir Song Hye Kyo: 22 November 1981

Instagram Song Hye Kyo: kyo1122

TAHNIAH PASANGAN SONG-SONG

Read More...