HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Friday, 21 February 2014

Kosmetik yang ada bahan merkuri!

Ciri2 kosmetik yang ada penggunaan mercury ni:

1) Melekit-lekit.Sapu kat muka pun bkn main susah nak ratakan.

2) Tidak Homogen.Kalau kita biarkan krim tu,akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.

3) Kulit putih segera.Tagline kulit cerah dalam penggunaan seminggu,nampak beno nipunya.Pakai banyak merkuri memangla laju je kulit putih.Putih nye plak lain mcm,bukan putih natural.Biar lambat putih asalkan selamat.

4) Tidak ada langsung jerawat nak tumbuh. Jangan cepat happy bila ni terjadi. Sebenarnya kulit epidermis (lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak. Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yg sgt la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv. Dan kenapa jerawat dah xnak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yg dah rosak. Nyamuk pn buat derk je.

5)Bau logam. Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair.So bau logam bau dia kuat menyengat,kalau wangi pun maybe dia dah dicampur dgn parfum(pewangi).

6)Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning. Krim siang kuning,krim malam putih.Tapi xsemua lah produk nak ckp ada merkuri,tapi wajib diragui .So google sebelum nak try2 guna produk kosmetik.

7)Berkilau blink2. Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2,kilat2 sikit.Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada tak kilat2. Ingat! mercury adalah logam sebab tu dia berkilat.

8)Bila stop pakai, bintik2 tumbuh kat muka, gatal2. Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.

9)Kulit sensitif dengan matahari. Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.

Ujian Ringkas.( dari blog dr.zubaidi )

-Sapukan cincin emas(pastikan yg tulen yo) dengan krim yang kita nak test tu.Gosok2 ler cincin dengan krim tu.
-Kalau produk tu bermercury,krim tu akan bertukar warna kelabu.Semakin gelap kaler yg terhasil,semakin banyak mercury yg digunakan dlm produk tu.


Madi ada pakai satu produk ni, beli satu set. Bila nampak ada orang post pasal produk ni 2 hari lepas, Madi buang dah benda tu. Sebab produk tu macam pelik sikit. ^_^ Muka agak gatal2 and seminggu lepas Madi dah stop pakai.

                            SUMBER 

1 comment:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen