HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Wednesday, 10 December 2014

Jenama Baju Gergasi Di Malaysia

Zaman sekarang ni banyak giler jenama online yang dah berjaya kat Malaysia ni. Butik2 baju kebanyakanya jual blouse, jubah, shawl dan dress sesuai untuk wanita muslim di Malaysia. Owner2 butik ni juga bijak memilih kain yang berkualiti dan sesuai dengan iklim di Malaysia. So, Madi nak senaraikan beberapa butik online yang popular. Bukan online je, dorang pun dah ada butik sendiri. Butik2 ni semua milik orang Melayu. Tepuk sikit!

Pakaian yang Minaz jual ni memang lawa sangat! Kain pun sangat selesa dan tidak panas. Mana Madi tahu?? heheheh, Madi pernah beli dress dari Minaz dan memang superb cantik!. Tapi kalau Minaz buat sale kat butik dan online, harga murah!  Dress untuk kanak2 pun ada. Baju untuk lelaki pun dijual juga.

Nak tengok banyak lagi koleksi Minaz? Boleh klik link ni: MINAZ dan MIRA FILZAH? dan Baju Raya Superb
  
                                                 Owner Minaz manis berbaju biru <3


Design raya 2016



Madi ada 1 koleksi dari Minaz, and memang Madi puas hati dengan kualiti kain dia. Memang terbaik! Nak beli lagi koleksi dari Minaz ni, tapi apakan daya. Student memang takde banyak duit nak beli baju macam ni. Huhuhuhu

 Jubah dan dress yang Calaqisya jual pun lawa2! Shawl pun dijual juga. Rambang mata tengok koleksi2 Calaqisya ni. *_*  Kasut pun ada juga Kalau nak beli online, banyak yang SOLD OUT! 

 
Me in Sabrina Dress

Ni owner Calaqisya.   
Try lah beli, confirm berpuas hati dan nak beli lagi. ^_^  


Zawara pun jual dress,jubah,skirt, blazer dan tudung. Zawara tengah buat YEAR END SALE di online dan butik2 ZAWARA, so baik cepat2 beli sebab harga memang murahlah! Madi pun dah tengok depan2 koleksi ZAWARA, memang lawa. Korang boleh beli secara online atau datang ke butik Zawara.





  


Madi gabungkan sekali sebab dorang macam satu bumbung. Mean owner yang sama. Rasanya. -_- Koleksi ni Madi tak pernah tengok depan2 lagi. Teringin nak beli tapi dress Elsa yang Madi nak dah habis. T_T
                                                            Owner Bella Ammara





Madi usha sesetengah ig or shop, banyak giler yang tiru design butik2 kat atas ni. Harga memang murah dari jenama terkenal ni, tapi yang membezakan antara dorang ni adalah jenis/material kain tu. So ada yang berkenan di hati tak? Hehehe





Read More...

Tuesday, 9 December 2014

Habis SPM, nak buat apa?



credit: Fizgraphic

Madi nak ucapkan tahniah sebab dah habis SPM. Mesti happy giler kan? Cuti pun lama.
Baju sekolah pun mesti korang conteng or apa2 jelah kan?

So, lepas dah habis SPM, apa yang nak dibuat eh? Banyak benda korang boleh buat sebenarnya.

1. CARI KERJA

     Perkara first yang mesti korang terfikir nak buat kan? Banyak kedai yang korang pergi untuk apply kerja. Sebelum korang apply kerja tu, korang akan di interview dulu. Tauke akan tanya, umur korang, ada kenderaan tak nak pergi tempat kerja, berapa lama nak kerja.
Madi dulu kerja kat taska. Best woo.

2. MASUK PROGRAM MARA

  Yang ni salah satu perkara yang bawa faedah juga. Korang boleh apply bidang kemahiran yang ditawarkan ikut minat korang juga. Macam kawan Madi, dia join course bakeri sebelum dapat result SPM. Dia belajar buat kek, sambil tu dia jual. So dapat lah duit juga. Elaun tak pasti dapat ke tak. Tak ingat hehehehe.

3. AMBIL LESEN KERETA

       Siapa yang tak apply ni, memang rugi. Hahahah. Madi dah ada lesen. Nanti korang dah start study, susah nak belajar kereta nanti. Masa nilah korang kena belajar memandu.

4. PLKN

    Siapa yang terpilih, tahniah ye. Seriously mula2 korang macam bengang je dapat PLKN, tapi percayalah, lama2 nanti korang akan suka. Banyak pengalaman manis dan aktiviti yang korang dapat belajar dari sini.


Read More...

Monday, 1 December 2014

Mega Giveaway By Sya Domoru

http://syadomoru.blogspot.com/2014/10/mega-giveaway-by-sya-domoru.html

Tarikh tamat : 31 Dec 2014

Senarai Hadiah :

  • Blouse x 1 by Rexylla
  • Blouse x 1 by Mak Jah Closet’s
  • Telekung x 2 Jubah Muslimah Moden *New
  • Handsocks x 15 by Jubah Muslimah Moden *New
  • Selendang x 2 by Wir Aida
  • Cash RM 10 x 2 by Maishoppe
  • Keychain from Bandung x 1 by Nur Syazwani
  • Supplement Shaklee Chew Vitamin C x 2 by Maishoppe
  • Sophie Love Mirror x 1 by Be Fabulous with Sophie Paris
  • EXO - Die Jungs Unofficial Polaroid Set (30pcs) x 1 by A.M Kpop Shop *New
  • Random Badge (KPOP RELATED) x 3 by A.M Kpop Shop *New
  • Bap socks x 1 by Shiedah 
  • SD photocard x 2 by BB K-House
  • Pvc photocard Chen x 1 by Shiedah
  • Sticker Exo x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Sticker Infinite x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Sticker Super Junior x 1 by Kshopaholic Mlysia
  • Xoxo (EXO poster) x 1 by Choco K-pop Shop
  • Infinite goodies x 1 by Korean Shop Collection
  • Baju Overdose (EXO)long sleves x 1 by Nur Syazwani
  • Discount voucher 10% by Rexylla
  • Discount RM 10 x 1 for unofficial merchandise by A.M Kpop Shop *New
Read More...

Pewarna Kuku Halal?


Salam readers
Related image



Hari ni free, so Madi nak post tentang BK NAIL POLISH PEEL OFF, atau lebih senang panggil pewarna kuku. 
Menariknya pasal  BK NAIL POLISH PEEL OFF ni, kita boleh pakai bila2 masa je. Kalau nak sembahyang, boleh tarik je pewarna kuku tu.
Faham tak?
Macam ni:



Madi pun dah beli and dah pakai. Memang lawa! Perempuan mesti teringin nak pakai pewarna kuku, tapi yelah kan, pewarna kuku kan tak boleh pakai masa nak solat. So, dengan adanya BK NAIL POLISH PEEL OFF , tak perlu risau dah.

 

Image result for peel off nail polish

Macam ni la bentuk botol dia. 
Kalau was2 boleh pakai Inai Warna Warni 

Banyak color yang boleh korang try. 





Tangan nampak kosong? Ada event atau tarikh perkahwinan makin hampir? Mesti nak tangan tu nampak lawa je kan? Korang boleh grab some ideas kat link bawah ni:



Read More...

Saturday, 13 September 2014

Loom Band Bahaya Ke?

 Assalamualaikum para pembaca. Lama tak update blog ni.
So kali ni nak bercerita tentang LOOM BAND, gelang yang hot pada masa kini. Lawa kan?
Well, gelang ni makin digilai oleh semua jantina, kanak2 mahupun dewasa. 
Tapi, baru2 ni surat khabar, berita memaparkan yang loom band ni bahaya kepada kita semua. Lagi2 kat budak2 kecil.
 
 
 

Loom Band bahaya sebab sesetengah daripadanya ada kandungan kimia yang berbahaya.  Sebagai contoh, terdapat kes cedera dimata termasuk seorang budak lelaki yang hampir kehilangan dua jari selepas getah tersebut dibalut terlalu ketat di sekeliling jarinya. 


"The Birmingham Assay Office iaitu sebuah syarikat bebas yang menguji keselamatan mainan melaporkan bahawa daripada 16 paket yang telah diuji, kebanyakkan daripadanya tidak melepasi tahap keselamatan yang dibenarkan kerana kandungan phthalates yang tinggi di dalamnya. Undang-undang membenarkan kandungan phthalates adalah 0.1 peratus mengikut berat bahan dalam mainan dan barang-barang penjagaan kanak-kanak tetapi dari 16 paket yang diuji, kebanyakkannya mengandungi lebih 50% kandungan phtalates."

Jadi, kepada ibubapa, kakak2, abang, makcik2 yang ada anak kecil, adik kecil, elakkanlah daripada membeli loom bang ye. Walaupun lawa tapi tetap bahaya kepada kita.  
Nak beri juga anak2 pakai? Mungkin boleh tapi sekali sekali lah. Tapi lebih bagus kalau kita elak perkara buruk daripada berlaku kan? 
 
Read More...

Tuesday, 9 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 
Read More...

Monday, 1 September 2014

Sambutan Kemerdekaan di Dataran

First time pergi walaupun duduk  kat Selangor. Perghh, best giler!


Jumpa this girls kat train. Cuaca pun tak panas sangat. Alhamdulillah

sampai pukul 9 lebih. Ramai orang! Tak dapat tengok Agong. 


 

banyak giler kenderaan askar yang super awesome! Ada jet and apa entah. 



Cari orang popular kat gambar bawah ni. Kalau pandai, cubalah cari~






Read More...

Wednesday, 30 July 2014

Perkahwinan Park Ji Sung

 

Siapa yang minat Running Man atau Park Ji Sung, mesti dah tahu beliau ni bercinta dengan pengacara “Live Today”, Kim Min Ji



Madi ternampak instagram http://instagram.com/actorleekwangsoo 
Ahli2 Running Man hadir ke majlis perkahwinan pasangan ini. 
Park Ji-sung, 33, dan Kim Min-ji, 28, telah berkawin pada 27 Julai 2014 di Sheraton Grande Walkerhill Hotel, Seoul, Korea. 
Tahniah2 ^_^

 
parkrabbits
Read More...

Friday, 25 July 2014

Hidupku di negeri orang

Assalamualaikum readers.

Ehem ehem, Madi baru je balik dari KPMIM or Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan.
Hidup kat sana?
Charlie, monyet . First time jumpa Charlie, rasa seram giler sebab kawan dah kena. Kesian..
Tapi life kat situ not bad lah. Yelah, daftar waktu bulan puasa, orientasi time bulan puasa. PENAT okay.
Madi ambil jurusan Diploma Computer Networking. Hahaha, nak nangis  okay. Mula2 belajar memang susah lagi2 subjek Progamming. Asyik kena marah dengan Madam Bel je. Sebab? susah subjek ni. Huhuhu. Tapi bila dah masuk sem2, ohh baik je Madam Bel ni, kelakar pulak tu. Hahaha, dalam kelas agak garang tapi luar kelas baik. <3

Makanan kat sini boleh tahanlah. Motif cakap macam tu?
Sebab makanan kat KL ni lagi sedap. Bak kata Ustaz Wan , budak Selangor ni sosial sosial. xD
Kat KPM ni atas bukit, sejuk sebab angin banyak juga.

Kat KPM ni straight sikit peraturannya. Balik sebelum pukul 7malam. Keluar pakai baju kurung. T_T  Kitorang pernah kena tahan ID sebab balik selepas pukul 7pm. Hahaha, sumpah taknak buat dah.

New update: KPMIM PERCUMA?





Read More...

Thursday, 10 July 2014

Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz


PEMENANG BERTUAH AKAN MENDAPAT :

- 1 DOZEN MINYAK ANGIN AROMATERAPI SAFE CARE BERNILAI RM85

- 1 DOZEN MINYAK ANGIN AROMATERAPI FRESH CARE BERNILAI RM 65


TAMAT PADA 31 OGOS 2014


Tag : 

Read More...

CPUV NUffnang

Buka blog kat library kpm. Hahahaha. =P

Cek nuffnang, alhamdulillah. Ada 4 cpuv iaitu :
1) Tesco Deleviry Lab

2) Dove Hairfall Rescue

3) Old town white coffee
4) Kastam Malaysia.

Rezeki di bulan Ramadhan. ^_^ 

Read More...

Friday, 4 July 2014

Charlie

Hai korang. Sekarang no Madi dalam bas. Nak beli ticket masa balik raya. Huhuhu, dah rindu dgn family.

Masa berbuka puasa minuet datang nk makanan!! Seram woo.

Haiwan paling bahaya kat sini adalah Charlie. Dah jumpa 3 ekor. Bahaya3

OK bye
Read More...

Monday, 30 June 2014

Ketuk-Ketuk Aidilfitri Giveaways






Hope ada rezeki di bulan Ramadhan ni. ^_^
Hadiah kuih raya. Hehehehehe. Lain daripada yang lain.

NEGERI : Gombak, Selangor

24 JUN 2014 hingga 7 JULAI 2014



Read More...

Saturday, 28 June 2014

Solat Sunat Witir

Esok sudah mula berpuasa. Cepatnya masa berlalu.
 Taknak panjangkan cerita, bacalah entry Madi ni.

Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

1) Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:


.
.
2) Bacaan selepas Fatihah:
.
.
3)   Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;

.
.
4) Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi rakaat Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:

.
.
5)  Selepas bacaan al-Fatihah, pada rakaat terakhir, dibaca pula surah;
  • Al-Ikhlas 
  • Al-Falaq   
  • An-Naas.
 
6) Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:

SUMBER :
CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT TARAWIH 
 

Read More...