HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Thursday, 6 February 2014

Perempuan Mulakan Lankah Pertama

Assalamualaikum


Madi nak tanya.
Kalau perempuan mulakan langkah pertama nak pikat lelaki yang Madi suka, nampak pelik tak?
Atau nampak macam takde harga diri??
Madi pernah suka budak lelaki ni and Madi pun perasan dia suka Madi.
Tapi dia tak pernah mengaku walaupun dia ni pernah cakap kat adik Madi yang dia suka Madihah. -_-
Bila tanya dia balik apa yg dia cakap kat adik Madi, dia gelak and taknak mengaku.

Madi beritahu kat kawan pasal benda ni. Dia cakap mestilah lelaki tu malu. Hahaha... manalah Madi tahu waktu tu. Dia malu ke apa ke, ada aku kisah?? =P

Masa tu umur kitorang baru 15 tahun. Madi pula jenis budak blur. Hahah, itu kawan yg cakap. Hohohoho.
Then, bila dah form4 dia pindah. Ergh, annoying sangat!
Baru nak mengaku yang Madi suka dia, dia pula dah pergi.

Bila buka fb dia, dia bergambar dengan perempuan lain. Huhuhu, jeleslah. Hahahaha.
Walaupun rumah kitorang dekat and pernah terserampak banyak kali kitorang buat bodoh je.
Dia sombong Madi pun sombong lah juga!
Well, sifat ego mestilah ada kan? Takkan nak buat muka tembok pula.

Sampai sekarang ni masih sukakan dia and menunggu bila dia nak mengaku apa yg dia cakap kat adik saya tu. xD
Kalau nak tunggu Madi cakap dengan dia, jangan haraplah. Malu kut nak tegur kat fb =D

Walaupun ramai lelaki kacak yang Madi suka, tapi biasalah perempuan. Setia pada yang satu.
Tapi masa kat U/Kolej nanti mesti ramai lagi lelaki yang boleh dibuat calon kan?
Bak kata pakcik Madi, sambil menyelam minum air. Gulp gulp gulp. =D



6 comments:

  1. @sYiRa LoKMaNmasa depan? hmm, masa depan adalah untuk mendapatkan kerja yang baik. =D

    ReplyDelete
  2. kalau ada jodoh xkan kemana kan..

    ReplyDelete
  3. @Cik MunBetul tu :) Semuanya terletak di tangan Tuhan =D

    ReplyDelete
  4. alahai....meminati tu tak salah...tapi kalau inginkan sesuatu tak salah mencuba..hahaha....apa-apa pun buat yang terbaik untuk masa depan...hihi

    ReplyDelete
  5. Ah, depends, dia paling elok duduk antara agresif dan proaktif, jap..ape aku ckp ni?

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen