HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Friday, 23 June 2017

Pengalaman Kerja di Mood Republik (II)

Salam readers

Kalau sebelum ni Madi ada cerita tentang PENGALAMAN KERJA DI MOOD REPUBLIK (I) 
sekarang nak cerita tentang kerja di salah satu booth paling FAMOUS di Mood Republik dan Malaysia.

Jeng jeng jeng... Madi kerja kat booth Jubahsouq time Kl Raya Fest, 2016. Time tu kerja pada bulan puasa. Tapi ini pertama kali Mood Republik buat kat Dewan Tun Razak, bukan kat PWTC. Dewan tu sumpah panas weh. 
Related image



Jadi Madi kena bertugas time puasa ni start dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 malam? Maybe tak ingat sebab dah lama kan. Yang bestnya kerja sini sebab dapat pakai jubah2 dorang yang lawa tu selama 3 hari tapi tak dapat free sehelai jubah pun. So sad huhuhu.  Lepas dah pakai tu, hari terakhir kerja kena pulangkan balik. 



Ramai sangat customer sampai tak terlayan. Korang memang awesome


Bos kat situ, namanya Abang Zack baik juga sebab lepas berbuka dia belikan aiskrim. Hahaha sedap2. Time berbuka dan sahur memang ditanggung oleh Jubahsouq. Jadi duit jimat kat situ.




Inilah rupa bahagian dalam Dewan Tun Razak 


Jadi sampai situ saja cerita kali ini. Lepas ni kali terakhir Madi cerita tentang pengalaman kerja di Mood Republik dengan satu brand yang agak popular jugak. Stay tuned hehehe
Read More...

Wednesday, 21 June 2017

Cara Susun Sijil Untuk Interview

Salam readers dan salam Ramadhan.


Malam ni Madi nak kongsi satu pengalaman. 

Selasa minggu lepas, 13/6/2017 Madi pergi inteview di Jabatan Akautan Negara kat Maybank KL. Tak sangka dapat call interview sebab Madi mohon jawatan untuk Penolong Akautan. DAN kos yang Madi ambil di KPMIM (kolej) adalah Computer Networking. Nampak tak takde kaitan dengan kos?

Masa dia call, dia suruh bawak sijil. Madi pun okay jelah. Lepastu time hari interview tu, para-para interviewer tu tengok fail Madi and dia tanya, salinan sijil asal tak  bawa ke? Ini first time interview ke? And saya jawab ya.

Nak tau Madi letak sijil fotostep tu dalam fail apa? Madi letak je sijil2 fotostep dalam sampul surat color coklat tu. Dahla tak bawa sijil asal, lepastu letak dalam sampul macam ni. Tebalkan muka jelah

Image result for sampul surat color coklat

Tak PROFESIONAL betul aku ni. Jadi selepas ditegur, jumaat tu gigih cari fail yang betul untuk isi sijil-sijil original.


Boleh cari kat kedai buku (Popular, MPH, D.I.Y)

Dah dapat, lepastu pening macam mana nak susun sijil dengan cara yang betul? Tertakdirlah pulak kawan share kat fb tentang cara susun sijil untuk interview. Meh usha kat bawah.

1. Salina IC (Standby IC asal)
2. Sijil lahir
3. Sijil berhenti sekolah (menengah)
4. Sijil PMR/SPM (standby kedua-dua sekali)
5. Diploma
6. Transkrip Diploma
7. Sijil Dekan
8. Degree
9. Transkrip Ijazah
10. Sijil Dekan
11. Sijil akademik yang berkaitan
12. Sijil aktiviti luar / kokurikulum
13. Dokumen lain yang berkaitan
14. Bagi calon awam atau Kpsl perlu bawa surat pengesahan majikan dan laporan prestasi.


Sebab ni dapat kat Facebook, Madi search link blog kat atas tu. Jadi a big thanks to this sister:


Read More...

Friday, 9 June 2017

Tips: My Skincare Ala Korean

Assalamualaikum readers. 

Salam Ramadhan untuk semua. Time bulan puasa ni, cuaca macam tak menentu. Sekejap panas sekejap hujan. So kat Malaysia ni, kita kenalah jaga kulit muka dengan betul. Lagi2 nak dekat raya ni. Semua orang mesti nak kan kulit muka yang bebas dari jerawat dan nampak clean je. 

Jadi, Madi akan share my Skincare Routine yang Madi dapat dari orang Korea sendiri. (Tengok youtube dan google). Sebelum korang nak beli sesuatu produk, kena kenal pasti dulu jenis kulit muka korang. Macam Madi, jenis kulit berminyak dan kering. Jadi apa jenis kulit korang?


Let's Get Started!
1) Cleanser (Pencuci Muka) Wajib

Madi gunakan produk Himalaya Purifying Neem Face Wash. Sebab utama Madi beli produk ni adalah:
  • Free from Paraben
  • Free from SLS/SLES
  • Free from Phthalates 
Ph face wash ni 5.5 mean memang sesuai untuk kulit muka manusia. Lelaki dan perempuan boleh pakai ok. Jangan risau. Korang boleh dapatkannya di Watson atau Guardian.

2) Scrub (Exfoliator) pakai sebelum tidur
Related image

Madi guna St. Ives Oatmeal Scrub + Mask. Korang boleh gunakannya sebagai scrub ataupun mask muka. 2 in 1 la orang kata. Jimat dah kat situ kan? Scrub ni kena 2 minggu sekali, jangan pakai setiap hari sebab nanti kulit muka korang lama2 akan rosak nanti. Kalau malas pun pakailah sekali seminggu. ^^

3) Toner 


Ketiga pula adalah toner. Madi pakai Cosrx AHA/BHA Clarifying Treatment Toner.  Cosrx ni brand dari Korean yang memang famous and berkesan. So sebab tulah Madi beli. 
PH untuk toner ni adalah 3.9 (correct me if I'm wrong). Madi gunakannya pada waktu pagi dan malam pada setiap hari. Toner ni katanya boleh prevent whitehead dan blackhead. 
Beli di laman web Hermohttps://www.hermo.my/?referral=OHRORF

4)  Essence /  Serum 
Related image

Gambar real untuk Cosrx Advance Snail 96 Mucin Power Essence takde lagi sebab baru je order. Produk Snail ni sangat elok untuk cegah penuaan. Kalau untuk serum, korang boleh try Argan Oil serum tu atau apa2 jenis serum yang ada kat pasaran tu. Takpun, Madi cadangkan try brand dari Korea ni, Tiam C20 My Signature C-Source Serum. 
Beli di laman web Hermohttps://www.hermo.my/?referral=OHRORF


5) Face Mask (pakai sebelum tidur)
Image result for innisfree face mask
Harga untuk Innisfree face mask murah saja, RM4

Sebahagian face mask yang Madi ada.

Ini salah satu favorite brand Madi. Innisfree ni dah ada di serata Malaysia. Kalau kat KL ni ada satu kat SOGO dan lain-lain. Face mask ni Madi akan pakai 2 kali seminggu sebab dah scrub muka kan, so Madi pakailah face mask ni. 

6) Vitamin E Cream (Tak Wajib)


Produk keenam pula, Madi pakai Cosmoderm Vitamin E Cream 1,000 I.U. Kalau untuk produk ni ada 2, satu 1000 I.U, kedua yang 3000 I.U punya. 1000 untuk jerawat atau bekas jerawat yang biasa2 je, kalau 3000 ni mungkin untuk kulit yang ada banyak parut jerawat dan jerawat. Ia juga sesuai untuk kulit kering, anti scars dan dull skin. 

Kalau Vitamin E ni ikut la korang nak beli ke tak sebab serum pun dah membantu untuk pulihkan kulit korang. Sebab Madi takde serum, so Madi pakai Vitamin E ni, tapi bukan setiap hari. Madi pakai 2-3 kali seminggu.

7) Pelembab Muka (Moisturizer)
Image result for safi balqis pelembab



Ketujuh, Madi pakai 2 jenis pelembab muka.
Waktu siang Madi pakai Safi Balqis Lidah Buaya dan Habbatus Sauda. Krim Safi ni Madi akan pakai time nak keluar dari rumah. Kalau dalam rumah, kadang2 je pakai. Ikut kerajinan la nak pakai dalam rumah.
Pada belah malam pula, Pure Beauty Pudding Cream. Yang ni Madi pakai sebelum tidur. Boleh tengok full review Pure Beauty kat sini : REVIEW PUDDING CREAM

8) Sunscreen


Okay yang ini pakai time korang nak keluar rumah. At least kena pakai suncscreen yang SPF 50+. Kalau korang taknak kulit korang burn, so memang kenalah pakai sunscreen ni. Madi guna produk Lip Hop SPF 80 PA+++. Boleh pakai kat muka dan badan. 

Jadi kesimpulannya siapa yang malas jaga kulit muka, kenalah mula dari sekarang. Mungkin bagi korang asal aku ni pakai banyak sangat produk? Ini semua sebab kita nak kan kulit yang sihat dan taknak nampak tua sebelum usia.

Produk ni semua boleh beli di Watson / Guardian / atau laman web Hermo: 

Jangan lupa share di Facebook / Twitter. Moga bermanfaat untuk korang semua. 







Read More...