Menunaikan Umrah Bersama Andalusia (Part 1)

Friday, January 26, 2018
Salam readers sekalian.

     Lama dah tak update blog ni. Ni pun baru saja pulang dari bumi Arab. Ramai yang demam lepas pulang dari Madinah sebab cuacanya yang sejuk dan kering. Jadi kali ni Madi nak bercerita banyak pengalaman pertama kali menunaikan umrah. InsyaAllah korang semua juga akan dipilih untuk menjadi tetamu Allah satu hari nanti.
     Andalusia akan bagi 3 bag. 1 bag besar,1  bag sederhana dalam gambar tu, lagi 1 bag mcm handbag tu. Tapi bag yang masuk dalam bonet kapal terbang tu kecik sangat, so Madi sorang je tukar beg besar. At least beg Madi tak lebih dari 30kg. Gambar beg? Takde, malu deh nak tunjuk sebab besar sangat. 


Paling kelakar, spek patah dalam kapal terbang. Dahla bawa 1 spek je. Rabun pula tahap teruk punya so memang tak nampak la kan kalau jalan. Lepastu minta getah kat pramugari tu sebab nak ikat spek. Adoi. Orang pandang pelik je time tawaf semua tu sebab pakai spek ikat getah. Hahahaha. Malu deh. Hari kedua baru cari kedai spek kat mall tu. 



Setelah 8 jam kut dari Malaysia ke Madinah, kami sampai dahh. Yang gambar atas ni tengah beratur sebab pegawai tu nak cek. Dari Malaysia pukul 1:00 petang, sampai Madinah dah azan Maghrib. 


Selepas tu, kitorang bermiqat di Bir Ali. Series sejuk sangat! Sebelum lelaki tukar pakaian ke ihram, pihak Andalusia bagi kitorang makan malam dulu. And dah siap solat semua, bertolak pula ke Makkah. 6 jam kut nak sampai Makkah dari Madinah? Tak ingat deh. So tidur la kau dalam bas tu. 


Hotel kitorang menginap, Haneen Al Firdous

Sejam setengah kut mutawif group kitorang bagi masa untuk rehat. Just tukar baju and pakai telekung, lepastu turun bawah. Waktu tu dalam pukul 3 pagi waktu Makkah. Before subuh dah selesai tawaf, saie dan tahalul. Lepas habis semua tu, naik hotel, mandi makan dan tidur. Rabak weh mata.



Ni lepas dah habis tahallul, so ambil gambar di Safa dan Marwah.

Aktiviti kami sepanjang kami berada di Makkah. Kitorang bas 8 yang dihandle oleh Ustaz Imam. Mula2 mutawwif kitorang ustaz Salam tapi sebab beliau ada hal so tukar mutawwif.


16 Januari 2018: Ziarah Kota Makkah


Di Jabal Rahmah, tempat bertemunya Nabi Adam dah Hawa. (Madi tak jumpa lagi jodohnya. Sesat entah ke mana lah)


 Pemandangan dari atas. Lawa sangat! 

Kubur di Makkah. Siapa yang meninggal di Makkah akan ditanam di sini.

Lepas habis melawat Kota Makkah, bermiqat pula di Ja'ranah. Lelaki diminta untuk membawa kain ihram sebab nak tukar di sini. Wanita pula tukar pakai telekung saja.


17 Januari 2018

Untuk ekspedisi Gua Hira dan Ziarah Hudaibiyah, korang dikehendaki membayar 25 riya. Means, kalau pergi dua2, kena bayar 50 riya la. Kalau taknak pergi pun boleh, Tak wajib pun.

Jabal Nur waktu siang.

Siyes tinggi sangat. Banyak kali duduk and minum air. Tapi memang tak sia2 la lepas dah panjat ni. Pemandangan tu sangat lawa! Macam tak percaya je  dah sampai sini. 

Dalam Gua Hira tu ada kucing stay situ. Nampak kan?


Lepas buat tawaf dan saie, tumit kaki mesti pecah2 and merekah, so kalau korang tak bawak krim  kaki ke apa, korang boleh cuba beli krim Kamill  di Makkah:


Price: 13.50 riya
Kalau kat Madinah, tengok harga kat kedai tepi jalan tu, mahal sikit, 15 riya. Lepastu saiz dia kecik sikit. Kalau kat Makkah, besar saiznya. Krim ni memang berkesan kat kitorang satu family. Kalau kat Lazada harga mahal giler, RM100+

Kali ni Madi nak share gambar makanan yang kitorang try situ.




Aiskrim: 3 riya

Jus delima: 5 riya


Roti: 5 riya
Buah: 10 riya
 Murtabak. Atas tu lemon. Isi murtabak tu sayur kut. 




Group 8 

Simcard internet boleh beli di hotel. Simcard untuk call tak ingat harga. 
2GB: 80 riya
1GB: 50 riya

Madi tak beli pun simcard tu sebab mahal sangat and guna jelah wifi kat lobby hotel tu. 

Ok, sampai sini je kisahnya. Tunggu part di Madinah pula. 

2 comments:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.