HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Sunday, 5 January 2014

Tip Cantik Wanita Korea

Siapa yang tak cemburu dengan kulit artis wanita korea? Kulit dorang bebas dari jerawat, putih dan mulus.. Negara dorang sejuk, so memang kulit cantik lah kan? So, kalau nak tahu apa rahsia dorang, jom lah baca tips ni


1. Banyak minum air
    Banyak minum air membantu mendapatkan kulit yang mulus. Mulakan hari dengan minum air kosong setiap pagi dapat membantu sistem pencernaan sekaligus memberikan kesihatan yang baik.


Yoo Jae Suk and Suzy Chosen as Favorite Stars to Watch New Year's Sunrise With

2. Mencuci
  Pelakon dan penyanyi, Bae Suzy pernah mempromosikan teknik '424' yang mana korang perlu membersihkan muka dengan minyak (kelapa, badam atau apa2 minyak pembersihan) selama 4 minit, diikuti dengan pembersih berbuih selama dua minit dan bilas muka selama 4 minit. Mulakan dengan air suam dan akhiri dengan air sejuk untuk menutup semua liang terbuka.


3. Topeng muka
   Topeng muka di Korea diperbuat daripada bahan2 yang telah dicuba sejak keturunan nenek moyang mereka. Topeng pembersihan dan topeng penyegaran digunakan sekali seminggu bagi mengurangkan bengkak di muka.

4. Tidur yang cukup
   Wanita Korea mengamalkan tidur yang cukup sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari.  Kalau aku lebih dari 8 jam sehari. heheh

5. Senaman regangan muka
  Ia adalah amalan biasa dalam kalangan artis Korea yang mana mereka akan mengulangi perkataan 'Ma Me Mi Mo Mu' sebanyak 10 kali untuk penjagaan otot pipi dan bibir. Selain itu, regangan otot muka selaras dengan pernafasan juga disyorkan.

6. Solekan yang tidak ketara
  Solekan pada mata hanya diminimumkan dengan corak warna yang lembut. Gunakan pensel pengalit mata dan maskara untuk tampak lebih anggun. Selain itu, pemerah pipi berwarna merah jambu dan warna asli untuk bibir digunakan oleh artis wanita Korea.

2 comments:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen