HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Wednesday, 1 January 2014

Rahsia Kecantikan Gadis Thailand

Kulit wajah gadis Thailand bebas daripada sebarang masalah kulit. Mula2 aku tak percaya, tapi aku tanya mak aku, memang aku mengiyakan saja.. Hmm, jelesnya. Negara dorang panas macam kita, tapi macam mana kulit dorang lebih cantik dari orang Malaysia? Nak tahu, jom baca entry ini! Aku nak kongsikan apa yang aku baca kat majalah.

  • Santan Kelapa
         Santan kelapa amat bagus untuk kulit wajah dan rambut. Campurkan minyak kelapa wangi bersama santan dan satu sudu garam. Sapukan ke seluruh wajah hingga ke tubuh badan korang. Biarkan beberapa minit dn kemudian bilas dengan air.
      Korang juga boleh mencapurkan santan dengan serbuk cendana dan oleskan ke seluruh wajah. Ianya membantu menghilangkan sel kulit mati dan membersihkan pori2.

    Kebaikan Buah Betik
  • Buah betik
         Betik mempunyai anti oksidan dan vitamin C serta E. Gadis Thailand menggunakannya sebagai masker wajah. Betik juga berguna untuk menghilangkan masalah kulit seperti jerawat, bintik2 hitam dan sebagainya. Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan.

  
  • Kunyit
        Gadis Thailand guna kunyit untuk mendapatkan wajah yang licin. Kehadiran anti oksidan, vitamin C dan E bagus untuk melambatkan kerosakan sel kulit serta memperbaiki kulit yang rosak akibat jerawat. Lumurkan kunyit pada wajah dengan campuran susu cair. Kalau tak nak campur pun takpe..

     
  • Beras
         Beras mengandungi vitamin B dan E, enzim ceramide yang membantu menyempurnakan proses penambahbaikan kulit wajah. Sabun beras yang dijual di pasaran berupaya menegangkan kulit wajah dan memutihkan kulit. Korang juga boleh sapunya di badan.

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen