Khasiat Susu Kambing

Friday, March 07, 2014

Siapa tak pernah minum susu kambing??
Hahah, saya tak pernah minum susu ni sebab tak pernah nampak orang jual kat supermarket pun.
Yang Madi nampak hanya susu lembu yang sedap tu je.. ^_^

Kalau korang nak tahu, susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu.
Tengok ni :

Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.004



Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu yang asidik. Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengwujudkan persekitaran yang lebih beralkali dan baik untuk sistem penghadaman serta dapat mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dan lain2

Kebaikan
 







  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  •   > Protein 2.1 kali ganda
  •   > Kalsium 2.2 kali ganda
  •   > Zat Besi 2.0 kali ganda
  •   > Potasium 2.1 kali ganda
  •   > Vitamin A 3.8 kali ganda
  •   > Garam Galian 2.0 kali ganda
  •   > Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik.
So, walaupun Madi dan korang dah tahu khasiat susu kambing, korang teringin ke nak cuba susu ni? Sedap ke eh? Siapa pernah try??? 



1 comment:

  1. susu kambing susu terbaik selepas susu ibu

    *jemput singgah blog :-)

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.