Bulan Berdarah 2014

Wednesday, April 16, 2014

Punca fenomena bulan berdarah atau bulan merah pada 15 April 2014.  Bukan petanda kiamat ye tapi ianya adalah fenomena semulajadi yang biasa berlaku dan kali terakhir dilihat pada 10 Disember 2011. Punca sebenar fenomena tersebut adalah disebabkan kedudukan bulan sejajar dengan bumi dan matahari. Fenomena ini terjadi disebabkan pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Fenomena bulan berdarah ini turut dikenali sebagai “Blood Moon” kerana warnanya yang berwarna merah dan dapat dilihat menggunakan mata kasar.


Menerusi laporan rasmi NASA, fenomena bulan berdarah yang akan berlaku pada 15 April 2014 dapat dilihat dengan jelas di negara Utara/ Selatan Amerika dan Australia. Fenomena bulan berdarah ini juga dijangkakan berlaku sebanyak dua kali pada tahun 2014 iaitu pada 15 April dan 8 Oktober 2014. Manakala pada tahun 2015 jatuh pada 4 April 2015 dan 28 September 2015. 



Kawasan rumah Madi tak nampak merahnya.. Yang ni baru tangkap jam 8:50 pm tadi.. Masih rendah tapi lawa dan besar!


7 comments:

  1. wow blood moon... mcm dalam cerita ja bunyi dya :D
    macam time vampire dgn wolf berperang ahahaha (mitos) fufufu XDD

    tak tengok pun aritu... TT^TT untungnya leh tgok :'(

    ReplyDelete
  2. owh.. ada kejadian bulan berdarah ke haritu.. serious tak perasan.. kihkih... =.='''

    ReplyDelete
  3. aah nampak mcm berdarah
    baru tahu sejarahnya begitu..nice sharing
    selamat berhari jumaat
    menabung nuff sini - libresse

    ReplyDelete
  4. salam pemilik blog :)

    jemput join simple review segment by me :) tinggal beberapa hari shja lg.
    :http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/04/simple-review-segment.html

    ReplyDelete
  5. Sobs :'/ masa tuh tengah kejar homework sampai terlupa nak tengok bulan xD

    ReplyDelete
  6. eh ! 15 april birthday CN tu, ada yer? tak perasan pun ;)

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.