Lembutkan hati anak yang keras

[1] Taa' Haa  
[2] Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan  
[3] Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah  
[4] (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi  
[5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy  
[6] Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi


Surah taha adalah surah yang melemutkan hati Saidina Umar buat kali pertama ketika dia mendengar adiknya Fatimah membaca surah tersebut

Cara 2
LAILAHAILALLAH SUBHANA HABIBI SYAHID

boleh jer baca berulang kali samada berhadapan dengannya atau dibelakangnya...

Cara 3
Doa pelembut hati Surah Asy-Syuura ayat 19'

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)
Baca di waktu malam semasa anak sedang tidur

i-Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri

ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati

Ya Allah lembutkanlah hati anakku
Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah

iii. Kemudian baca doa di atas (Surah Asy-Syuura ayat 19)

iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 kali

Terniat nak post tentang ni sebab mak buka rancangan ceramah dari ustaz ni. Nama tak ingat tapi beliau sangat popular.

2 comments:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.