HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Sunday, 11 May 2014

Biodata P Ramlee



Nama sebenar : Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh
Tarikh lahir
  22 Mac 1929
Tempat lahir : Rumah neneknya beralamat di Pulau Pinang bersambut gema takbir yang penuh kesyahduan di pagi Aidilfitri. 

Perkahwinan
Dalam hidup berumahtangga, P. Ramlee pernah tiga kali berkahwin. Junaidah, anak seniman Daeng Haris, adalah isteri pertamanya yang dikahwini selepas berlakon dalam filem Bakti, pada awal tahun 1950an. Namun mahligai mereka runtuh dan kemudiannya bercerai pada tahun 1954.

Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Norizan pada 6 Februari 1955, seorang kerabat DiRaja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih daripada perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka tidak kekal lama dan berakhir dengan penceraian pada tahun 1961. 

Pada tahun yang sama, P. Ramlee bertemu dengan Salmah Ismail atau pun lebih dikenali dengan nama Saloma. Kemudiannya mereka telah diijabkabulkan pada 21 November 1961 di Tembeling Road, Singapura. Perkahwinan P. Ramlee dengan Saloma itu dianggap paling ideal kerana mereka adalah pasangan yang cukup serasi bila berduet. Ikatan kasih sayang mereka begitu utuh malah kekal sehingga ke akhir hayat.

Filem pertama lakonan P. Ramlee: Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa yang bertarikh 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung.

Al- Fatihah

4 comments:

  1. Perginya tiada nanti... Al Fatihah

    ReplyDelete
  2. al-fatihah , good info about p-ramlee btw awak di tag dan bakal menerima award:)http://indieitujustmuzik.blogspot.com/2014/05/aku-kena-tag-on-liebster-award.html

    ReplyDelete
  3. A gifted man. Suka tengok cerita lakonan arwah..kelakar semulajadi...

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen