HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Wednesday, 27 November 2013

Wajah Ala Bidadari, tapi Badan Berotot!

julia-vins-strong-girl-0
http://www.boredpanda.org/system/wp-content/plugins/copyrightWrapper/watermark.php?display=true&image=http://bp.uuuploads.com/17-year-old-doll-face-powerlifter-from-russia-julia-vins/17-year-old-doll-face-powerlifter-from-russia-julia-vins-5__.jpg

Julia Vins, itulah nama sebenar si gadis jelita ini. Gadis ini berasal dari Engels, Rusia.
Paras rupa gadis berusia 17 tahun itu bagaikan patung. Peliknya, si cantik ini mempunyai tangan dan kaki berotot.

Julia ialah atlet muda bina badan dan gambarnya telah tersebar di internet membuatkan ramai tergamam. Menurut Julia, dia bersenam membina badan pada mulanya kerana mahu menjadi lebih kuat dan lebeih berkeyakinan pada diri sendiri.




Pada mulanya, dia tidak berniat untuk menjadi atlet angkat berat professional. Tahun pertama menceburkan diri, dia membina otot tanpa mengikuti senaman yang betul dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapat tunjuk ajar daripada professional.

Walaupun ramai yang kagum dengan kesungguhan Julia, ada juga yang mengkritik pilihannya itu dan mengatakan dia membinasakan badannya sendiri. Namun, dia tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana dia percaya tiada siapa ada hak untuk menghacurkan impiannya.

1 comment:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen