Kelebihan Bahan Semulajadi

Saturday, June 29, 2013
 Gambar Buah Strawberry Berwarna Merah Segar

Bahan semula jadi labih bagus dari pencuci muka yang banyak kimia tu. Tapi, ada juga pencuci muka, bedak yang dibuat dari bahan semula jadi ni.
Antara beberapa bahan semula jadi yang boleh dimanfaatkan :

Air Mineral
Minum air yang banyak mampu merawat migrain teruk. Ini kerana kurang minum air boleh menyebabkan kepala mula berdenyut. Jika kita rasa terlalu sakit kepala, tutuo mata, baring dan tarik nafas dalam-dalam bagi mempercepatkan sakit lega.

Avokado
Buah avokado elok untuk merawat masalah kulit kering kerana ia kaya dengan lemak tidak tepu dan vitamin E. Kedua-dua zat ini dapat membantu mendapatkan kulit yang sihat.

Minyak Pudina
Sakit kepala boleh dirawat dengan menyapu minyak pudina atau minyak bunga putih pada bahagian kepala dan dahi. Ia mengandungi mentol yang mempunyai bahan menenangkan.

Bawang putih
Menambah bawang putih mentah atau dimasak kedalam hidangan makanan mampu meningkatkan imuniti tubuh, seterusnya mengekalkan kesihatan kerana ia mengandungi antivirus dan antibakteria.

Buah Berangan
Estrak buah berangan boleh digunakan sebagai bahan untuk merawat urat tersimpul. Kajian mendapati ia mampu menguatkan urat dan mengurangkan bengkak.

Ikan
Jika mengalami masalah mata kering, banyakkan makan ikan salmon, sardin dan kembung yang mempunyai kandungan tinggi asid omega 3 yang turut digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan air mata.

Sumber : Harian Metro

1 comment:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.