Kelebihan Bahan Semulajadi

Bahan semula jadi labih bagus dari pencuci muka yang banyak kimia tu. Tapi, ada juga pencuci muka, bedak yang dibuat dari bahan semula jadi ni.
Antara beberapa bahan semula jadi yang boleh dimanfaatkan :
Air MineralMinum air yang banyak mampu merawat migrain teruk. Ini kerana kurang minum air boleh menyebabkan kepala mula berdenyut. Jika kita rasa terlalu sakit kepala, tutuo mata, baring dan tarik nafas dalam-dalam bagi mempercepatkan sakit lega.
AvokadoBuah avokado elok untuk merawat masalah kulit kering kerana ia kaya dengan lemak tidak tepu dan vitamin E. Kedua-dua zat ini dapat membantu mendapatkan kulit yang sihat.
Minyak PudinaSakit kepala boleh dirawat dengan menyapu minyak pudina atau minyak bunga putih pada bahagian kepala dan dahi. Ia mengandungi mentol yang mempunyai bahan menenangkan.
Bawang putihMenambah bawang putih mentah atau dimasak kedalam hidangan makanan mampu meningkatkan imuniti tubuh, seterusnya mengekalkan kesihatan kerana ia mengandungi antivirus dan antibakteria.
Buah BeranganEstrak buah berangan boleh digunakan sebagai bahan untuk merawat urat tersimpul. Kajian mendapati ia mampu menguatkan urat dan mengurangkan bengkak.
IkanJika mengalami masalah mata kering, banyakkan makan ikan salmon, sardin dan kembung yang mempunyai kandungan tinggi asid omega 3 yang turut digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan air mata.
Sumber : Harian Metro




Tinggalkan link blog
Banyak kelebihannya kan.
ReplyDeleteada yg tak pernah tau pun sebelum ni
Minta tolong jawab survey kat sini Terima kasih :)