Sekinchan, Tempat Bercuti Yang WOW!

Salam readers
Penatnya bekerja atau belajar kan? Kalau yang duduk kat luar Bandar tu seronoknya korang sebab yelah, kat Kuala Lumpur ni dah tak banyak alam semula jadi yang boleh kitorang pergi. Asyik hadap jem je. Stress tau? So, macam mana nak hilangkan stress ni? Haa, salah satu cara adalah dengan pergi bercuti. Tak payah pergi jauh-jauh, kat Selangor ni ada satu tempat menarik yang boleh orang2 KL pergi bercuti.
Di Sabak Bernam, Selangor ada alam yang penuh dengan kehijauan untuk kita nikmati. Hari ni Madi nak share salah satu lokasi yang menarik yang terletak di Malaysia yang korang patut pergi. Bila dah penat-penat bekerja, dapat pergi tempat macam ni dengan keluarga, memang nyaman habis lah! Lagi-lagi kalau kita duduk bandar, sekali-sekala pergi tempat begini memang boleh release tension gitu. Hahaha. Bagi Madi, tempat yang penuh kehijauan sentiasa merupakan ubat penat terbaik bila kita dah penat bekerja atau penat belajar. Time SPM dulu, cikgu pernah kata, ‘kalau awak dah blank masa jawab paper atau mata awak penat sangat, awak tengok luar, tengok warna hijau pokok-pokok’. Kenapa? Sebab color hijau ni bagus untuk mata. Tenang je kan?
Sekinchan adalah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Selangor. Okay good news to orang Selangor! Pemandangan bendang padi hijau yang indah kelihatan seperti lukisan membuktikan tempat ini adalah salah satu kawasan pengeluar beras terbesar di Malaysia. Terletak kira-kira 102 km ke utara Kuala Lumpur dan kira-kira 28 km dari Kuala Selangor, Sekinchan adalah betul-betul di tengah-tengah kawasan jelapang padi utama Selangor, di daerah Sabak Bernam.


Bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil, tempat ini kini expand dengan lebih meluas dengan penanaman sawah padi secara besar-besaran. Kampung-kampung di tepi pantai di sini amat diberkati dengan tanah yang subur di mana terdapatnya laut dan sawah padi. "Shi Geng Zhuang" merupakan namanya dalam bahasa Cina yang diterjemahkan secara langsung daripada fonetik Sekinchan dan difikirkan sebagai nama yang sempurna kerana ia membawa maksud 'kampung sesuai untuk pertanian'. Haa, bagi korang yang tak pernah tau, tu merupakan serba-sedikit mengenai latar belakang tempat yang menarik ni. So, untuk post kali ni, Madi nak bagitahu korang Tips untuk Melancong dan book Sekinchan Hotel online on Traveloka. Jadi kalau korang datang dari jauh-jauh tu, tak perlu risau nak bermalam kat mana.

Cara ke Sekinchan

           Sebelum tu, meh sini Madi share cara untuk sampai ke sini. Disebabkan ia masih lagi merupakan sebuah kampung, pilihan pengangkutan untuk sampai ke destinasi ini adalah terhad. Kebiasaannya, pengunjung ke sini sama ada dengan memandu atau dengan bas. Terdapat dua cara yang berbeza untuk sampai ke Sekinchan dengan memandu iaitu
  • Laluan 1: Jalan lama Shah Alam - Setia Alam - Meru - Kapar - Kuala Selangor - Tanjong Karang
  • Laluan 2 : LATAR Expressway. Melalui lebuhraya ini, ambil jalan keluar di Ijok dan terus menghala ke Kuala Selangor. Korang melepasi Kuala Selangor Nature Park sebelum sampai ke pekan Sekinchan.

         Kalau korang nak ke sini melalui bas, please take note hanya ada satu je syarikat perkhidmatan bas yang menyediakan laluan ke Sekinchan iaitu SPT Sabak Bernam. Harga tiket ialah RM 9.30 dan bas bergerak setiap jam dari jam 9 pagi sehingga 7 malam. Kalau korang student yang takde transport, boleh je nak datang sini naik bas. Lagi-lagi kalau datang dengan kawan-kawan. Pergh lagi seronok!


Lokasi Hot Untuk Photoshoot!

Ramai yang tak tahu sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik di sini. Antara beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini ialah menyaksikan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Seperti yang disyorkan oleh ramai jurugambar, sawah padi di Sekinchan menawarkan rasa yang berbeza pada masa yang berlainan sepanjang tahun bergantung kepada tahap pertumbuhan pokok padi. Korang boleh check dengan pusat pelancongan tempatan untuk mengetahui lebih details mengenai info ni. 

       Kawasan sawah padi di Sekinchan selalu menjadi pilihan bakal pengantin untuk menjadikan keindahan sawah padi Sekinchan sebagai latar belakang dan lokasi pre wedding mereka. Nak jadikan lokasi untuk photoshoot pre konvo pun boleh. Memang cantik giler!

           Bagan Nakhoda Omar (cr: Rudy)            

Bagi yang sukakan suasana laut, terdapat sebuah perkampungan nelayan yang masih aktif sehingga hari ini. Kampung ini dipanggil Bagan dan hari ini adalah hanya beberapa batu dari bandar. Korang boleh menyaksikan rutin nelayan yang keluar pada awal pagi kira-kira 4-5 pagi untuk menangkap ikan dan kembali semula pada sekitar 5 petang dengan banyak membawa hasil laut yang segar. Nak feeling-feeling macam suasana kampung? Haaa boleh pergi sini! 


Tempat Menarik di Sekinchan

Antara tempat-tempat menarik yang lain yang boleh korang kunjungi bila bercuti/ berjalan ke Sekinchan ni adalah kilang memproses padi dan muzium padi. Tempat ni memang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang berkunjung ke Sekinchan. Korang boleh tengok sendiri bagaimana pemprosesan berlaku dan juga melawat muzium padi. Paling best sekali, korang juga boleh beli ole-ole kat situ dengan harga yang sangat berpatutan dan lebih murah. Contoh macam pearl white rice, pearl brown rice dan pearl fragrant rice.

Pantai Redang, Sekinchan

Selain itu, Pantai Redang di Sekinchan juga merupakan lokasi menarik yang korang wajib pergi bila bercuti di Sekinchan. Dekat je dengan restoran seafood di Bagan. So lepas makan seafood kat Bagan tu korang boleh laa jalan-jalan kat kawasan Pantai Redang ni pulak. Suasana sunset di Pantai Redang pulak tersangatlah cantik tau! Rugi kalau korang tak tengok! Kalau pergi dengan orang yang tersayang, mesti sweet gitu. So Madi suggest moh kita ke Sekinchan. Hehehe.


19 comments:

  1. Ya Allah cantiknya pemandangan dkt sekinchan ni

    ReplyDelete
  2. Hari tu ingat nak g sini tp xjadi .. erghh .. cantik kat sini , mcm tenang je .. apps traveloka dah lama donlod dlm fon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hee nanti akak try la pergi. ^^ Dekat je ni

      Delete
  3. sekinchan mmg best...awesome
    kampung saya di Sg.Besar.
    dekat je dgn sekinchan..heheh

    ReplyDelete
  4. sekinchan memang lawa ....teringin nak pergi ....biasanya lalu jerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupa singgah kalau dah lalu nnt xD

      Delete
  5. Teringin nak pergi kt Sekinchan ni..Asyik dengar nama ja...Dgr kata cantik tempatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg lawa sangat lagi2 time tengah padi tu

      Delete
  6. Terasa macam nak ke Sekinchan. Cantik tempatnya

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi jalan-jalan di Sekinchan..bolehlah plan bercuti di Sekinchan

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la bercuti kat sana sehari. Memang seronok! ^^

      Delete
  8. lawa..semoga dpt jejak kesana sstu hari nnt

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kongsi pasal Sekinchan ni.. Mesti otak & badan refreshed bila sekali sekala dapat lari dari kesibukan bandar..

    ReplyDelete
  10. mwehehehe.. duk area kamoung tapi tak berjalan keluar tengok pemandangan pun rugi kan TT^TT

    tapi baru ni perhi jalan-jalan ke pantai dengan family.. so kira ok lah tu XD

    ReplyDelete
  11. ya Allah tenang mata dan minda kalau dapat tengok sawah padi hijau depan mata

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.