Hilangkan Kesan Hitam di Siku dan Lutut
JUS LEMON
Ambil jus perahan lemon dan oleskan secara rata menggunakan kapas muka di bahagian bewarna gelap. Ulangi untuk tiga kali sehari. Setelah dioles, biarkan lebih kurang 20 hingga 30 minit dan kemudian bilas dengan air putih.
MINYAK
KELAPA
Sapukan minyak kelapa pada siku dan lutut sambil memicit-micit
bahagian yang bewarna gelap itu lebih kurang lima hingga 10 minit. Kemudian
biarkan seketika dan seterusnya bilas dengan air bersih. Selain itu, minyak
kelapa juga boleh dicampurkan dengan jus lemon untuk tujuan pencerahan dan
memutihkan kulit
YOGURT
Ambil sedikit yogurt dan campurkan dengan perahan jus lemon.
Kemudian gosok dan picitkan di bahagian siku dan lutut selama 10 minit. Biarkan
ia untuk seketika. Seterusnya untuk di bilas, gunakan susu segar untuk tujuan
pencerahan dan melembabkan kulit.
SKRUB
Gunakan juga skrub yang mempunyai tekstur halus untuk tujuan
penglupasan dan membuang sel-sel kulit mati. Amalkan selalu ketika kamu mandi
sekurang-kurangnya dua kali sehari.
BADAM
Untuk mengembalikan kecerahan pada kulit siku dan lutut, campurkan
ketiga-tiga bahan seperti badam, madu dan gula lalu kamu oleskan di bahagian
kulit yang gelap dan biarkan lebih kurang 10 – 15 minit sebelum membilasnya.
KRIM
Sebelum melakukan sebarang aktiviti di luar, pastikan kamu menyapu
krim terlebih dahulu pada kulit. Amalkan memakai krim setiap pagi dan malam
untuk tujuan kelembapan. Sekurang-kurangnya kulit kamu tidak akan menghasilkan
belulang dan terdedah kepada radiasi sinar matahari.Sumber : Remaja
No comments:
Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen