Dapat Kerja di Taska

Wednesday, December 18, 2013
Alhamdulillah, aku dah dapat kerja.. Nak tahu macam mana aku dapat kerja ni walaupun tak pernah jangka aku akan dapat kerja ni?




Tadi pergi Greenwood untuk cari kerja. Tapi ada 3 kedai je yg perlukan pekerja. Itupun nak seorang saja. Kitorang ada 3 orang, yang memohon punyalah ramai. Last2, mohon satu tempat je.
Lepastu, singgah kat kedai tempat kawan aku kerja. Lepak2 situ bincang pasal kerja, lesen dan apa2 jelah. Dia tunjuk kat depan kedai dia, ada notis. Kerja kat taska! Tengok alamat, tak sangka, dekat sangat dengan rumah aku. Apa lagi, aku terus call lah!

Mummy tu cakap hari ni interview, pukul 6pm. Aku datang dengan kawan aku. Berdua sajalah.
Mummy tu tanya macam2. And benda paling penting sekali, mesti suka kana2k!!
Gaji boleh tahan , rm 500 sebulan. Kerja lima hari seminggu. Makan ditanggung. Tapi kerja start 7am-7pm. Lama kan? Tapi takpelah, rumah dekat, aku tak kisah. Lagipun aku suka kanak2.
Esok, hari khamis dah boleh mula. Awal kan?

Inilah pengalaman pertama jaga budak kecik. Fuhh, tak sabarnya! Rasa takut pun ada sebab kena jaga dan basuh tahi dorang. Tak pernah aku buat sebelum ni! Basuh tahi kucing pernahlah~
Hahaha, takut sangat nak tunggu esok. Boleh ke aku buat kerja ni?
Doakan saya berjaya ye?

1 comment:

  1. murah tu . salu rm700 tau
    tp kalau u dh rsa ok n dekt ngn uma . xd kos tersmbunyi . ok kot :)
    happy working :)

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.