HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Monday, 7 October 2013

Wan meninggal di Hari lahir

Pada 2 Oktober 2013, lebih kurang pukul 3.30 petang, ayah aku call.
Ayah suruh aku kemas baju, nak balik kampung..
Aku tanya kenapa, ayah saya cakap, wan dah meninggal.
Aku macam tak percaya je Wan dah pergi.
Aku baru je ingat nak makan kat luar malam nanti dengan family sebab hari ni adalah hari lahir ayah aku..
Lepas Asar, pergi balik kampung kat Rembau.
Tiba2 je hujan kat Gombak..
Sedih sangat2 sebab tak sempat jumpa Wan kat hospital..
Bila sampai kampung, kitorang disambut dengan mayat Wan.
Selalunya Wan sambut kitorang, salam kitorang adik beradik..
Aku call kawan aku, aku cakap 'aku tak pergi Taman Metropolitan esok.. Nenek aku dah meninggal'
Keesokan harinya, lepas Zuhur, Wan dah kena tanam.
Anak, menantu, dan cucu2 cium Wan sebelum ditanam.
Muka Wan sejuk..
Semua sedih sangat terutama atuk aku,
Kesian atuk aku, tinggal seorang diri kat kampung..
Nampaknya Hari Raya Aidiladha nanti mesti sunyi sebab Wan dah takde
Tahun ni, aku kehilangan dua nenek..
 Al-Fathihah untuk kedua-dua arwah nenek aku..
Semoga Nenek dan Wan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Sayang Nenek dan Wan =')

2 comments:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen