Keburukan Bubbles/Pearl

Wednesday, May 29, 2013

Tadi tengok berita tv3.. Tup2, keluar pasal bubble yang sedap ni. Huhuhu, nampaknya terpaksalah aku berhenti letak bubble dalam ice blended..

Ice Bubble drink atau minuman ice bubble adalah minuman yang dilengkapi dengan Bubble yang dibuat dari biji -biji tapioka ukuran kecil yang dicampurkan dalam minuman yang disajikan dengan cara di blender atau shake  Ice Bubble Drink atau minuman ice bubble mulai muncul pertama kali di Taiwan pada tahun 1980an.

Ramuan utama Intipati Susu adalah Hygrogenated Minyak Sayuran iaitu sejenis transfat. Pakar-pakar berkata bahawa segelas 500ml Bubble Tea sehari adalah melebihi had yang dibenarkan kerana kandungan transfat untuk setiap orang adalah hanya 2 gram sehari. Hygrogenated Minyak Sayuran dalam Intipati Susu berkenaan mengandungi bahan-bahan kimia seperti Surih Arsenik, Plumbum, Tembaga, dan banyak mineral berbahaya yang akan membawa kepada penyakit jantung dan pembuluh darah, Barah, Asma, memjejaskan IQ kanak-kanak dan lain-lain kombinasi penyakit yang merbahaya.
Memakan Bubble Tea adalah sama seperti memakan bahan plastik kerana Bubble Tea juga dibuat daripada serbuk Casava (Ubi Kayu) yang boleh membawa kepada keracunan Sianida. Untuk membuat Ubi kayu dalam pembuatan Bubble Tea lebih "bergetah", Protein Sekoi (Mullet) sejenis Bedak Plastik Tiruan ditambah untuk menjadikan Bubble Tea lebih kenyal dan bergetah. Bedak Plastik Tiruan ini tidak boleh dihadam dan diserap oleh tubuh badan kerana PLASTIK adalah TOKSIK.. Ia akan kekal di dalam badan dan akan meninggalkan kesan pada kesihatan dalam jangkamasa yang lama. Bayangkanlah apa yang akan berlaku pada kesihatan anda selepas penggunaan transfat dan plastik yang berpanjangan dalam tubuh!

Keburukan Pearl or Bubble Tea


Sebenarnya, Bubble Tea boleh dibuat sama ada menggunakan SUSU mahupun AIR SOYA. Jika dibuat daripada SUSU, bermakna ia mengandungi Protein Susu, Gula, Susu, Minyak Sayuran dan Maltodekstrin. Jika ia jenis bukan tenusu, maka ia diperbuat daripada susu soya dehidrasi

Minyak Sayuran yang digunakan biasanya adalah Minyak Kelapa Sawit. Sebahagian daripada Proses Hidrogenasi adalah untuk menghalang pengoksidaan, maka tiadalah kehadiran LEMAK TRANS.
  Trans Lemak merujuk kepada Minyak Sayur-sayuran sebahagian-hydrogenated dan bukan minyak sayur hydrogenated sepenuhnya. Jika ia sepenuhnya Proses Hidrogenasi, maka ia menjadi Lemak Tepu, TIDAK TRANSFAT.

Menurut pakar-pakar, sebenarnya TIADA HAD SELAMAT bagi lemak trans dalam tubuh manusia.
Tiada bukti bahawa wangian dari Intipati Susu yang diperoleh daripada bahan kimia itu dibuat daripada Arsenik, Plumbum, Tembaga, dan lain-lain bahan kimia berbahaya. Anda tidak perlu untuk menjadi seorang ahli kimia untuk mengetahui bahawa ianya mustahil untuk menggabungkan arsenik, plumbum dan tembaga ke dalam satu sebatian kimia.
Jika ia benar bahawa Intipati Susu mengandungi plumbum, maka ia boleh mengurangkan IQ semua orang yang meminumnya, namun tidak pula disebut penyebab gejala-gejala lain yang disebabkan oleh keracunan plumbum. Sudah tentu, anda akan minum banyak Intipati Susu tercemar dengan plumbum.
Bola ubi kayu sememangnya mempunyai tekstur bergetah dan kenyal seperti biji-biji sagu, jadi ia tidak perlu ditambah Protein Sekoi untuk menjadikan ia bergetah. Sebenarnya, Protein Sekoi (Bahan Plastik Tiruan) yang digunakan untuk membuat Bubble Tea "bergetah" adalah BUKAN BERSIFAT KENYAL MAHUPUN BERGETAH!
Ia juga boleh membawa penyakit seperti kerosakan buah pinggang (buletin tv3) 
Mak aku pun cakap tak elok sangat makan ni.. Tapi bubbles ni sedap.. Kalau betullah bubbles ni tak elok, cepat-cepatlah diharamkan penjualannya..
p/s : bilalah rokok ni nak wujud? benci bau rokok -_-

8 comments:

  1. ala..abez cool blog tu ade pearl..xley mkn ke..huhuu >_<???

    ReplyDelete
  2. buble tea tu apa? yang pearl dalam cool blog tu sama juga ka?
    mungkin buble tea je kot xleh makan..(ayat nak sedapkan hati) hehehe

    ReplyDelete
  3. nampaknya macam tulah. saya pun sedih juga.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. wahh yeke, kena sebarkan ni. kalau choc rice takpe kan :P

    ReplyDelete
  5. erh kejap kalau nak share info ni dekat blog boleh tak ? i'll credit u ?

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang baik la..membantu pada saya dan mereka yang tidak tahu..yang kita tahu,,tengok menarik,,rasa sedap,,beli ulang kali..ikut selera dan tekak..tapi kesannya tak ambil tahu..tq sharing :)

    ReplyDelete
  7. that's a nice of u share this kinda things. Sekarang ni orang dah tak kisah dah benda macam gini kan. Semua ikut selera tekak je, asal sedap makan je. Tapi yang tak faham, memang dah sebegini parah nya keburukan tu, kenapa still jual lagi benda ni kat merata tempat..?? the question is, IS IT TRUE??
    sayang la, sedap kot. hehe

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.