HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Thursday, 16 May 2013

Cincin Berhantu




synthetic  emerald
Gambar hiasan saja


Sejak abang aku umur 19 tahun ni, abang aku suka beli cincing batu geliga.. Rasanye tulah nama dia. Cincin batu zamrud atau batu geliga, aku tak pasti.. Harga cincin2 ni kan mahal.. Ada satu ketika tu, akhir bulan empat, tahun 2013 lah.. Masa aku tengah sibuk buka blog, tiba2 ada seekor belalang muncul.. AKu apa lagi, terkejutlah... Tapi, yang peliknya, mak aku cakap jangan bunuh, halau je.. Lepastu, tiba2, mak aku cakap kisah belalang ada dalam al-Quran.. aku pun tak faham kenapa mak aku cakap macam tu.. aku pun carilah kisah belalang.. Memang banyak betul kisah belalang ni..

Dan, pada hari rabu,15/05/2013 , aku dengar mak aku cerita. Abang aku cerita kat mak aku.
Ada satu cincin yang abang aku beli kat seorang pakcik ni.. Dia jual dengan harga agak murah lah.
Rasanyelah.. Aku pun tak tahu.. -__-
Cincin tu ada 'benda'. dan 'benda' tu nak abang aku jadi tuan dia.. Maknanye, pakcik tu melepaskan dia punya belaan dengan menjual cincin kat orang lain.. dan mangsanya adalah abang aku yang senang ditipu tu,, ish ish ish..
Lagipun mak aku cakap, masa first time tengok abang aku pakai cincin tu, mak aku dah rasa semacam. Warna cincin tu pun pelik juga berdasarkan adik akulah. Nasib baik aku tak pakai cincin tum kalau tak aku pun jadi tuan dia juga..

Hari kahmis tu, abang aku buang cincin tu kat sungai. Tak perlu disebutkan sungai apa. Nanti korang cari pula.. Hehehe
Semalam adik aku cakap yang abang aku ada nampak 'benda' dekat atas bumbung rumah kitorang..
Abang aku kadang2 dia memang ada kebolehan nampak benda2 yang aku tak boleh nampak..
Lagipun, abang aku memang suka bawa hantu balik rumah.. Mak aku pernah kena sebab abang akulah.. kesian mak aku.

Nak tahu kenapa belalang tu muncul? masa hari rabu tu baru aku faham..
Belalang tu macam bagi petunjuk yang ada benda kat rumah kitalah.
Lagipun belalang tu berbeza sikit. Tak reti nak terangkan.
Mak aku tahu sebab dulu, masa mak aku duduk kat rumah arwah nenek aku, belalang macam tu selalau masuk rumah mak aku..

SO, kalau tiba2 rumah korang yang jarang belalang masuk, and then, tiba2 belalang muncul entah dari mana, faham2 lah.. xD

1 comment:

  1. kebanyak kan barang2 antik nie memang ada "something"..org2 tua lebih arif pasal tu..so lpas nie kne hati2.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen