Kid Fashion Online Malaysia Trends

Kid Fashion Online Malaysia Trends

Assalamualaikum kepada pembaca. ^^ Tajuk hari ini berkaitan dengan fesyen kanak-kanak yang memang popular pada masa kini. 




Lucu melihat gelagat si comel Lara Alana yang sering menjadi bualan ramai pengikut media social. Cahaya mata pertama pasangan selebriti popular dan ikon fesyen tempatan, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini sering menjadi tumpuan ramai bukan sahaja kerana gelagatnya yang comel, malah fesyen pakaian yang sering digayakan. Mana tumpahnya lauk kalau bukan ke nasi betul tak? Lihat sahaja penampilan Awal dan Scha yang sentiasa glamour dan trendy!
Well, diinspirasi daripada fesyen #ootd Lara Alana yang comel, jom kita lihat apakah sebenarnya trend-trend fesyen kanak-kanak di Malaysia atau kids fashion online Malaysia trends yang paling hot pada masa kini.



Denim
It could be jeans or jackets, denim merupakan jenis pakaian yang sesuai digayakan oleh kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Namun, mungkin kurang sesuai bagi kanak-kanak di Malaysia untuk memakai denim jackets ekoran cuaca yang agak panas. But jeans is always a go!


Leather
Begitu juga dengan penggayaan pakaian yang diperbuat daripada material kulit atau leather. Dan sama seperti denim, kurang sesuai untuk kanak-kanak memakai leather jackets di siang hari kerana cuaca yang panas.




Jumpsuits
Bukan sahaja trending dikalangan penggemar fesyen dewasa, koleksi jumpsuits juga amat comel digayakan oleh kanak-kanak. Tentu sekali dengan padanan baju-t atau kemeja yang berpadanan, koleksi pakaian ini boleh digayakan oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan!

1 comment:

  1. Kak PC suka tengok Lara Alana tu..hihihihi..keletahnya bukan main..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.