HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Saturday, 10 January 2015

Air Detox (Tips Kurus)

Assalamualaikum!

Hari ni nak cerita pasal air detox. Pernah dengar nama tu? Pernah buat tak? Apa kelebihan dia? Sedap ke? Cara nak buat macam mana? Sini Madi nak kongsi dengan korang. ^_^

Air detox : Air ni sesuai untuk orang yang nak kurus dan sihat. Ianya bagus untuk kesihatan sebab bila minum air ni, dia akan buang toksin dalam badan kita ni. Kalau tak pernah buat, anda boleh bermula dari sekarang ye. Caranya adalah dengan buang air besar. Sesiapa yang susah nak buang air besar tu, boleh ikut cara ni.



Bahan:
1) Buah-buahan : Lemon, limau nipis, oren, mint, strawberi, timun, buah zaitun, halia, aloe vera dan lain.
2) Air mineral

Madi guna timun, limau nipis dan buah zaitun. (Dah tu je bahan yang ada kat rumah)

Cara:
1) Korang potong dulu bahan2 yang korang nak guna. Kalau nak guna satu bahan je pun ok.
2) Masukkan dalam botol, then letak air mineral
3) Letak dalam peti ais dan biarkan selama 5-7 jam.
4) Nak refill balik pun boleh. ( refill sekali je)



Selalunya orang buat ni sebelum tidur. So, esok pagi boleh terus minum.
Rasa air ni not bad. Mula2 agak tak sedap sebab tak biasa minum. Tapi lama2 ok je. Madi first time minum air ni, 3 kali pergi tandas. Hahahah, lega sangat sebab dapat buang toksin2 dalam badan ni.

Dalam sehari tu jangan minum air detox je, air mineral pun kena minum juga. Kalau pergi makan kat luar, cubalah pesan air minuman yang boleh membuang najis2 dalam badan korang tu. Contohnya, teh lemon, teh limau, air limau. Kalau boleh mintalah yang kurang gula or takde gula langsung.

Sampai sini saja Madi cerita pasal air detox ni. Bye~

 

7 comments:

  1. Best juga nampak air detox ini.Tak pernah buat lagi. Ada masa nak cuba buat dan cuba amalkan.

    Jom baca entri terbaru saya:
    Jom Aktifkan Mykad

    ReplyDelete
  2. Nice sharing..sebelum ni PC pernah try buat dengan lemon..memang kerap pergi tandas..hehe.,

    ReplyDelete
  3. kalau air dah habis buah die buang ea?

    ReplyDelete
  4. sy buat letak limau nipis apple hijau timun n pati limau blh ke?pati limau coz nk ganti cuka apple..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti pula. Better guna bahan2 semula jadi. :)

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen