Thursday, 28 November 2013

Baju Untuk Dijual!



Baju ni sebenarnya tak pernah pakai langsung! Baju ni comel sangat!!!!!!
Dan juga FREE SIZE.
Disebabkan saya tak pandai tangkap gambar, so kalau tak cantik gambar ni, buat bodoh je eh? XD
Kalau nak beli, baju ni ada sehelai je..
Kalau berkenan,  silalh beli.. Heheheh
Saya jual harga RM 10.00.
Tak termasuk harga post ye..
Kalau nak beli, PM saya kat Facebook saya

Wednesday, 27 November 2013

Wajah Ala Bidadari, tapi Badan Berotot!

julia-vins-strong-girl-0
http://www.boredpanda.org/system/wp-content/plugins/copyrightWrapper/watermark.php?display=true&image=http://bp.uuuploads.com/17-year-old-doll-face-powerlifter-from-russia-julia-vins/17-year-old-doll-face-powerlifter-from-russia-julia-vins-5__.jpg

Julia Vins, itulah nama sebenar si gadis jelita ini. Gadis ini berasal dari Engels, Rusia.
Paras rupa gadis berusia 17 tahun itu bagaikan patung. Peliknya, si cantik ini mempunyai tangan dan kaki berotot.

Julia ialah atlet muda bina badan dan gambarnya telah tersebar di internet membuatkan ramai tergamam. Menurut Julia, dia bersenam membina badan pada mulanya kerana mahu menjadi lebih kuat dan lebeih berkeyakinan pada diri sendiri.




Pada mulanya, dia tidak berniat untuk menjadi atlet angkat berat professional. Tahun pertama menceburkan diri, dia membina otot tanpa mengikuti senaman yang betul dan akhirnya dia membuat keputusan untuk mendapat tunjuk ajar daripada professional.

Walaupun ramai yang kagum dengan kesungguhan Julia, ada juga yang mengkritik pilihannya itu dan mengatakan dia membinasakan badannya sendiri. Namun, dia tidak peduli dengan pandangan orang lain kerana dia percaya tiada siapa ada hak untuk menghacurkan impiannya.

Hari Terakhir Sebagai Pelajar








Hahahaha, masa paper Biologi yang terakhir, kitorang dah buat countdown..
Budak kat dewan keluar lambat sikit. Lepas aku dah turun, budak dewan menjerit..
Budak lelaki yang dah keluar pula conteng baju dorang.. DAEBAK!!
Disebabkan semalam adalah last day, kitorang tangkap gambar banyak sangat! Tapi tak boleh nak tunjuk semualah.. Buat malu je.. -_-
Kitorang berborak lama gile.. Lepas SPM, nak cari kerja kat mana, nak ambil lesen ke?
Kalau saya, mestilah nak ambil lesen dulu.. Baru boleh merayau dengan kawan2.
Tak sangka dah habis SPM. Tak payah pakai baju sekolah naa
Hari ni gue nak hantar buku teks.. Pukul 8 pagi nak pergi sekolah, tapi sempat lagi online kan?
Bahagianya hari ni~~

Friday, 22 November 2013

5 Jambatan Mengerikan Di Dunia

Hari ni saya nak kongsikan maklumat ni kepada pembaca blogger.. =D

Image
1. Carrick-a-Rede, Ireland Utara
 Dikatakan bahawa nelayan yang membangunkan jambatan ini pada 350 tahun yang lalu. Namun sekarang, jambatan ini menjadi lokasi pelancongan paling menarik bagi pelancong yang ingin merasakan kehidupan liar. Hati-hati, jangan melihat ke bawah.. Hehehe


2. Jambatan Gunung Tai, China
Gunung Tai adalah salah sebuah gunung bersejarah di China. Paling mengujakan apabila anda boleh melihat matahari terbit di sini dengan pemandangan yang sangat cantik! Bagaimanapun, untuk melihatnya, pelancong perlu melalui jambatan diperbuat daripada bongkah batu besar dengan terdapat jurang di bawahnya.


3. Jambatan Gunung Daedunsan, Korea Selatan
Jika anda adalah orang yang percaya diri di tempat tinggi, mungkin anda berupaya menyusuri jambatan ini. Jambatan ini akan terus membawa kamu dari lembah ke puncak gunung tanpa perlu bersusah-payah mendaki. Dengan keadaan yang hampir lurus ke bawah, jurang dan cuaca dingin, berani ke? XD


4. Jambatan Trift. Switzerland
Jambatan ini dibuat ketika glasier  untuk pejalan kaki. Perlu ada keberanian kerana ia terletak diantara dua lembah dan jurang dengan keadaannya curam. Jika melaluinya, pelancong tidak digalakkan untuk memandang bawah! Gayat!!


5. Jambatan Langkawi Sky, Malaysia
Jambatan ini merupakan salah satu kebanggaan Negara namun ia juga tersenarai sebagai salah satu jambatan mengerikan di dunia. Terkejut bukan?? Menyusuri jambatan 'langit' di Langkawi memang menakjubkan! Terelatak pada ketinggian 705 meter ke atas paras laut, jambatan ini digantung dengan kabel besi. Walaupun kedengaran menakutkan, namun pemandangan yang menanti anda memang sangat cantik! Dengan laut yang terbentang luas, wah, memang indah tak terkata!

Festival Hijabista

SOHO BAZAAR Photo


Bila terbuka halaman kat satu paper ni, rasa seronok je.
First time ada Festival Hijabista ni.
Saya memang suka baju, selendang, kasut dan banyak lagilah!!
Itulah nafsu seorang perempuan, hehehe.
Siapa yang teringin nak beli pakaian, bolehlah datang ke SOHO BAZAAR.
Pelabagai jenama yang akan menjual pakaian dorang kat situ.
SOHO Bazaar akan berlangsung pada 23-24 Disember 2013 di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. Start 10.00 am-7 pm
Sekarang nikan akhir bulan, so bolehlah shopping kan?
Tapi jangan membazir sudahlah ye?

Kalau ada pakaian jenama sendiri, maybe korang juba boleh menjual pakaian korang?
Soho Bazaar juga akan berlangsung pada 14-15 Disember..
Ini fb dorang : SOHO BAZAAR

Thursday, 21 November 2013

Tempat paling seram

Tempat paling seram :

Villa Nabila
Highland Tower

Banglo Mona Fendi

Karak Highway

Neraka ( YA )

Zara Zya dalam Nona 2013

Zara Zya Supporters



Pelakon kegemaran ramai ni telah muncul dalam  Nona pada  17 Nov 2013..
Zara Zya berkongsi kisah kehdipunnya dan rahsia kecantikan.
Beliau juga mengaku dirinya macam makcik-makcik bila lebih suka duduk di rumah, mengemas rumah dan memasak bila waktu senggang. ( boleh dijadikan calon isteri, heheheh)
Siapa yang minat Zara Zya ni, bolehlah tengok rancangan Nona.

http://www.youtube.com/watch?v=gtjr4y0NcjE






Friday, 15 November 2013

Pageview Menaik

Graph of Blogger page views

Fisrt  time overview tinggi macam tu.. 700 ke atas. ...
maybe sebab post sebelum ni kut.

a) playboy itu suamiku
b) love you mr arrogant

sebelum ni overview bawah 200 je ,
tup tup buka blog tadi, page view saya menaik.. hehehehe..
seronok tak terkata... I'm a newbie right?
post ni bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi nak berkongsi kegembiraan. =D


Wednesday, 13 November 2013

Pelakon Lelaki Playboy Itu Suamiku Dikritik

 Sinopsis Playboy Itu Suami Aku - Akasia TV3

Image result for Lelaki Playboy Itu Suamiku

Ingatkan selepas tamat drama Love You Mr Arrogant, cerita Playboy Itu Suami Aku best.
Rupa-rupanya sebaliknya.. Punyalah bersemangat nak tengok drama terbaru ni..
 Yalah, kan ramai orang kata novel dia best, walaupun aku tak pernah baca lagi..
Maybe cerita ni menarik, tapi pelakon2 kut yang kurang mengancam..
Bila tengok episod 1-3, aku tak suka dengan heronya tu, Fattah Amin nama dia.
Gaya percakapan dia buatkan aku nak tukar channel je..
Huhuhu, tapi walaupun pelakon utama tu dikutuk, dia tetap berfikiran positif taw!
Tak percaya??
Ini buktinya



Image result for Lelaki Playboy Itu Suamiku



komen Sharnaaz Ahmad mengenai drama ini.

kredit to : SINI

Simple Holiday Giveaway by SN

SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN
11 NOV - 6 DEC

 [  CLICK  BANNER TO JOIN  ]
_________________________________________________________________________________

SENARAI HADIAH 
SIMPLE HOLIDAY GIVEAWAY BY SN

     1.   Abaya Dubai material nida by Hasnur Haniim Collection's  x1
     2.   Dress Damia material chiffon ( full lining ) by Hasnur Haniim Collection's  x1
     3.   Sepasang Handsock by Hasnur Haniim Collection's  x1
     4.   Felt Craft by Jaja  x3
     5.   Tasbih Digital + Kompas by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop x5
     6.   Pensel box (lengkap alat tulis + pensel warna) by Tudung & Pakaian Muslimah 
           ShuhadaHalim SemuaShop  x1
     7.   Pasmina turki saiz besar by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop  x1
     8.   Tudung turki bidang 50 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalaim SemuaShop  x1
     9.   Tudung turki bidang 60 by Tudung & Pakaian Muslimah ShuhadaHalim SemuaShop  x1
   10.   Shawl by SoldOutScarves  x2
   11.   Lotion by Eymasu  x2
   12.   Layered Cardigan warna royal blue by NisAza Hijab  x1 *postage ditanggung pemenang*
   13.   Pashmina by Nur Illa  x3
   14.   2 Keychain by Saljiah Zafirah  x1
   15.   Button badge by Ain Rahman  x2
   16.   Cute notebook by Ain Rahman  x1
   17.   2 Unit Fridge Magnet by Nur Farahain  x2
   18.   Top Up RM 5 by Khalid Kyle  x2
   19.   Top Up RM 5 by Nor Nadia Syakila  x3
   20.   Top Up RM 5 by Siti Norhaziqah  x2
   21.   Top Up RM 5 by Nadia NK  x2







GA NOVEMBER by DEDEQ

*
Assalamualaikum

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim .. malam ni dedeq lancarkan satu GA NOVEMBER by DEDEQ ..

Tarikh mula 13 november 2013 - 30 november 2013 (12am)



Hadiah
Top Referral - Jubah Dress x 1 dan Peplum labuh x 1

43 SENARAI HADIAH yang akan diberikan kepada yang BERTUAH 
*

Saturday, 9 November 2013

Suami Tak Bertanggungjawab






Perempuan mana yang suka dapat suami yang tak reti pikul tanggungjawab??????
Semua mesti tak suka kan??
Orang perempuan ni mesti sebelum kahwin dia harapkan dapat lelaki yang baik, caring dan macam2 lagilah..
Lelaki pun sama juga kan nak dapat isteri yang baik?
Takkanlah kaum Adam ni nak dapat isteri gangster pula kan..
Sebelum kahwin, si dia dah janji macam2 nak jaga kitalah, itulah inilah..
Kalau dapat suami yang patuh pada janji ni bagus, tapi kalau sebaliknya macam mana?
Aku paling geram kalau suami yang tak reti nak keluar duit..
Please lah, keluar duit utk family juga kan??
Kalau isteri ajak makan keluar, isteri yang kena keluar duit..
Tak tahu malu kut lelaki macam ni.
Tapi, kalau bab keluar dengan kawan2, si suami nak berlagak kaya, lebihkan kawan berbanding keluarga sendiri..
Huh, nanti kalau si suami sakit, kawan2 tu ada ke nak bayarkan bil hospital, nak masakkan untuk dia, nak jaga dia siang malam? Takde kan?
Si isteri juga yang setia menjaganya, tapi tak dihargainya juga..
Nak tegur pun takut dilentingnya.. Yalah, dia je yang betul, orang lain salah..
Tak tahulah bila akhirat nanti si suami ni nak jawab apa kan?
Mentang2 si isteri berkerja, so dia buat tak kisah jelah..
Ingat isteri ni kaya sangat ke? Sampaikan baju si isteri pun pakai duit sendiri??
So, kepada kaum Adam mahupun kaum Hawa, kalau nak berumahtangga, fikir masak2..
Jangan ingat perkahwinan ni macam permainan kahwin masa kecil2 dulu..


Pelakon Love You Mr Arrogant Muncul Dalam Muzik2 Semi Final



 

Siapa tengok rancangan Muzik2 semi final tadi?
Masa lagu OST Love You Mr Arrogant, pelakon Azlee Khairi dan Zara Zya muncul masa akhir2..
Wah, bagaikan pinang dibelah dua saja. Sweet saja, macam suami isteri.. Hehehe xD
Cuma, Zara Zya tak pakai tudung.. Huhuhu, tapi still lawa dengan dress hitam.
Kalau tak silaplah.. <3
Gambar nya takde lagi.. Maybe baru berlaku kan..
Kalau tak sempat tengok, tengoklah kat http://www.tonton.com.my/

Thursday, 7 November 2013

Tadi takde elektrik


Huhuhuhu,sedih betullah! Elok2 tengah main game Counter Strike, ttiba2 elektrik terputus.
Terkejut aku sebab lampu tepi jalan ni pun tak berfungsi juga!
Aku ingatkan jalan rumah aku je takde elektrik, rupanya jalan belakang, jalan depan punya depan pun takde elektrik juga..
Yeay yeay! tidur tanpa kipas dan lampu.. XD
Selalunyakan TNB dating lambat..
Tapi kali ni takde pulak..
Dalam pukul 10.40 pm tadi, elektrik dah ada balik.
Aku yang sedap tidur kat atas lantai ni, terkejut sebab budak2 jerit dah ada lampu..
Hahaha, aku apa lagi, bangun dengan mata merah, pergi cuci muka dan minum air.
Ingatkan nak sambung tidur, tapi pergi online pula!
Inilah yang dinamakan KUASA BLOG!!
Esok pun takde exam, except ada kelas BIO je...
Tak sabarnya nak habis SPM.
Aku nak buat macam2 antaranya :
   # Khatam al-Quran
   # Belajar bawa motor
  # Belajar bawa kereta
  # Cari kerja
  # Online blog tiap2 hari (kalau ada masa ler)
 




Dapat Tengok Bunga Api Percuma



Masih belum terlambat lagi kan?
Saya nak mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada kaum India di Malaysia..
Saya pun seronok juga masa Hari Deepavali ni..
Seronok bukan sebab dapat baju baru, makanan ataupun cuti,
tapi sebab dapat tengok bunga api percuma secara live!!
Banyak kali kut dapat tengok dalam masa 3 hari ni. Heheheh ;)
Kawasan rumah siapa dapat dengar bunyi mercun ataupun dapat tengok bunga api macam saya ni??
Walaupun agak bising bunyi mercun ni, tapi kita terimalah seadanya..
Apa orang kata? Bertolak ansur lah kan.
Setiap musim perayaan pun memang ada mercun kan??
Tak sah lah raya tanpa mercun..
Tak kira ler Hari Raya Aidilfitri ke, Hari Raya Cina ataupun Hari Raya Deepavali..

Btw, saya juga nak mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada umat Islam di seluruh dunia dan awak juga yang sedang baca entry ni..
Tahniah sebab berjaya buka mata awak untuk baca entry saya ni..
Terima kasih, xie xie, gomawo ;)
- 143 -
Nombor apa kat atas ni??
Carilah sendiri!! Bye~

Rabu ni saya SPM, doakan saya ye.
Buat solat hajat untuk saya juga kalau ada masa..
Jasamu amat dihargai! <3