Saturday, 9 November 2013

Suami Tak Bertanggungjawab






Perempuan mana yang suka dapat suami yang tak reti pikul tanggungjawab??????
Semua mesti tak suka kan??
Orang perempuan ni mesti sebelum kahwin dia harapkan dapat lelaki yang baik, caring dan macam2 lagilah..
Lelaki pun sama juga kan nak dapat isteri yang baik?
Takkanlah kaum Adam ni nak dapat isteri gangster pula kan..
Sebelum kahwin, si dia dah janji macam2 nak jaga kitalah, itulah inilah..
Kalau dapat suami yang patuh pada janji ni bagus, tapi kalau sebaliknya macam mana?
Aku paling geram kalau suami yang tak reti nak keluar duit..
Please lah, keluar duit utk family juga kan??
Kalau isteri ajak makan keluar, isteri yang kena keluar duit..
Tak tahu malu kut lelaki macam ni.
Tapi, kalau bab keluar dengan kawan2, si suami nak berlagak kaya, lebihkan kawan berbanding keluarga sendiri..
Huh, nanti kalau si suami sakit, kawan2 tu ada ke nak bayarkan bil hospital, nak masakkan untuk dia, nak jaga dia siang malam? Takde kan?
Si isteri juga yang setia menjaganya, tapi tak dihargainya juga..
Nak tegur pun takut dilentingnya.. Yalah, dia je yang betul, orang lain salah..
Tak tahulah bila akhirat nanti si suami ni nak jawab apa kan?
Mentang2 si isteri berkerja, so dia buat tak kisah jelah..
Ingat isteri ni kaya sangat ke? Sampaikan baju si isteri pun pakai duit sendiri??
So, kepada kaum Adam mahupun kaum Hawa, kalau nak berumahtangga, fikir masak2..
Jangan ingat perkahwinan ni macam permainan kahwin masa kecil2 dulu..


2 comments:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen