Hari ni saya nak kongsikan maklumat ni kepada pembaca blogger.. =D
1. Carrick-a-Rede, Ireland Utara
Dikatakan bahawa nelayan yang membangunkan jambatan ini pada 350 tahun yang lalu. Namun sekarang, jambatan ini menjadi lokasi pelancongan paling menarik bagi pelancong yang ingin merasakan kehidupan liar. Hati-hati, jangan melihat ke bawah.. Hehehe
2. Jambatan Gunung Tai, China
Gunung Tai adalah salah sebuah gunung bersejarah di China. Paling mengujakan apabila anda boleh melihat matahari terbit di sini dengan pemandangan yang sangat cantik! Bagaimanapun, untuk melihatnya, pelancong perlu melalui jambatan diperbuat daripada bongkah batu besar dengan terdapat jurang di bawahnya.
3. Jambatan Gunung Daedunsan, Korea Selatan
Jika anda adalah orang yang percaya diri di tempat tinggi, mungkin anda berupaya menyusuri jambatan ini. Jambatan ini akan terus membawa kamu dari lembah ke puncak gunung tanpa perlu bersusah-payah mendaki. Dengan keadaan yang hampir lurus ke bawah, jurang dan cuaca dingin, berani ke? XD
4. Jambatan Trift. Switzerland
Jambatan ini dibuat ketika glasier untuk pejalan kaki. Perlu ada keberanian kerana ia terletak diantara dua lembah dan jurang dengan keadaannya curam. Jika melaluinya, pelancong tidak digalakkan untuk memandang bawah! Gayat!!
5. Jambatan Langkawi Sky, Malaysia
Jambatan ini merupakan salah satu kebanggaan Negara namun ia juga tersenarai sebagai salah satu jambatan mengerikan di dunia. Terkejut bukan?? Menyusuri jambatan 'langit' di Langkawi memang menakjubkan! Terelatak pada ketinggian 705 meter ke atas paras laut, jambatan ini digantung dengan kabel besi. Walaupun kedengaran menakutkan, namun pemandangan yang menanti anda memang sangat cantik! Dengan laut yang terbentang luas, wah, memang indah tak terkata!
alaaaa.
ReplyDeletexd gambar ke?
cerita xdpt nk byg ngerinya :P
tu la kalo ada gambar tu lagi best ^_^
ReplyDelete