Misteri! Ribuan Bebola ungu Muncul di Padang Pasir
Misteri! Ribuan Bebola Ungu Muncul Di Padang Pasir  | Seperti yang kita tahu, padang pasir merupakan salah sebuah kawasan yang mempunyai cuaca yang agak panas.
 Berikutan itu, sumber air sudah tentu kebarangkaliannya sukar untuk 
didapati. Namun begitu, satu penemuan yang mengejutkan apabila seorang 
wanita menemui ribuan bebola ungu seperti cecair pepejal yang tiba-tiba muncul di padang pasir. Kemunculan ini dianggap pelik dan menimbulkan banyak persoalan. .
Penemuan sesuatu yang aneh dari dunia 
kita mungkin sering menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan saintis 
dan masyarakat dengan menganggapnya berkaitan dengan kemunculan makhluk 
asing..Terbaru, sejenis bebola berunsur jeli berwarna ungu telah ditemui di Gurun Arizona 
Penduduk tempatan di daerah Tuscon 
bingung dengan kemunculan ribuan bebola kecil berwarna ungu yang muncul 
di tengah-tengah padang pasir Arizona.
 
Geradine Vargas dan suaminya dikatakan telah menemui benda aneh itu pada Ahad lalu ketika sedang bersiar-siar.
“Kami telah mengambil gambar di sekitar 
kawasan dan kami hanya..Maksud saya, bagaimana awak boleh terlepas yang 
ini?” kata Geradine. “Ia seperti berkilauan di bawah cahaya matahari”.
“Ia merupakan perkara yang tidak pernah 
dilihat oleh awak sebelum ini”. Sesetengah bebola tersebut kelihatan 
berair dan ada diantaranya pula kelihatan lutsinar.
“Kami telah mengirimkan email kepada 
seorang kawan yang juga seorang pakar zoologi, tetapi dia juga tidak 
tahu apakah benda itu” ujar Geradine kepada seorang pemberita KGUN-9. 
“Maksud saya, dia sendiri tidak dapat mengenal pasti asal-usul benda tersebut“
Pihak pemberita memeriksa bebola aneh 
berkenaan dan melaporkan bahawa ia kelihatan seperti ‘guli yang melekit 
dan mengeluarkan air apabila dipicit’.
Darlene Buhrow, pengarah pemasaran untuk 
Tuscon Botanical Gardens berkata bahawa selepas bercakap dengan pihak 
yang juga ahli botani berpengalaman, jika bebola tersebut merupakan 
suatu yang semulajadi, ia boleh jadi terdiri daripada sejenis kulat.
Ada yang mengandaikan bahawa bebola 
tersebut merupakan salah satu produk daripada Deco Beads yang direka dan
 kelihatan seperti bebola kecil berisi air yang berfungsi bagi 
mengelakkan tumbuhan daripada terhidrat akibat kekurangan air. 
Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak dapat menjelaskan kenapa ia diletakkan dalam kuantiti yang banyak di padang pasir.
Sumber : http://kisahbest.my/



Subhanallah :)
ReplyDeletehanya DIA y tahu apa maksud sebnrnya :)
ReplyDelete