Menunaikan Umrah Bersama Andalusia (Madinah)

Friday, February 16, 2018
Salam readers.

Kat post sebelum ni, Menunaikan Umrah Bersama Andalusia (Makkah) Madi dah cerita pengalaman di Makkah. Siapa tak baca lagi, boleh baca. 

So, selepas selesai tawaf wida' dan solat Jumaat, kitorang terus bertolak ke Madinah. Mata agak mengantuk la sebab waktu bertolak ke Madinah tu agak lambat. Tapi tak boleh tidur okay. Tahan je mata tu.


Sebab tak dapat pergi ke ladang unta, dapat tengok unta sepanjang perjalanan pun best juga. 

Lokasi pertama sebelum sampai ke Madinah. Time ni dah malam. Turun je dari bas, memang sejuk habis. Berbeza dengan Makkah cuacanya yang panas.


 Actually, satu pinggan tu kongsi 5 orang, tapi kitorang berempat je sebab adik aku pun dah macam 2 orang. Ok gurau. Ustaz Imam pun tak kisah kitorang 4 orang je hahaha.


Ni tak tahu nama makanan dia, tapi tak beli pun. Perut penuh dah. Lepas makan, beli teh o pudina kat situ. Murah je, 1 riya. Sejuk-sejuk tu minum teh, memang sedap la.

Sampai dah di Hotel Mawaddah. Sampai lepas Isyak. 


Ni jenis plug kat Hotel Mawaddah. Nasib baik kedai bawah hotel tu ada jual plug. Boleh la charge phone. (Pekerja sana pandai cakap B.Melayu)
Kalau pandai tawar menawar, dapat la murah.

Lepas letak beg, turun pergi Masjid Nabawi. Kitorang pergi sendiri je sebab dekat.



Hari Kedua (20/01/2018, Sabtu)
Dalam pukul 8 lebih (pagi), mutawwifah bawa kami semua ke Raudhah. Lama juga menunggu untuk masuk ke Raudhah. Sementara menunggu, jemaah boleh melakukan solat dhuha, membaca al-Quran.

Akhirnya, tiba juga giliran kami. Alhamdulillah, kami semua dapat berdoa dan solat lama di Taman Syurga. Tak ramai orang time kami masuk. Doalah apa yang korang mahukan. Bila lagi boleh diberi peluang macam ni?


Hari Ketiga ( 21/01/2018, Ahad )

Di Masjid Quba'. Cantik sangat Masjid Quba' ni. 
"Satu sembahyang dalam Masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah.”

Jadi, selagi anda mampu, solatlah solat sunat Tahiyatul Masjid, dan solat sunat Dhuha. 


Kemudian,  kami pergi ke Bukit Uhud. Berangin-angin kat situ. Nyaman je. Dinasihati bawa baju sejuk bagi yang tak tahan sejuk.

 Masjid Sayyid al-Syuhada


Actually, time ni ramai dah start demam sebab cuaca dah bertukar kan. So, bawalah ubat yang berkaitan and face mask. 

Kat Madinah mestilah ada farmasi, and kitorang beli ubat demam dan ubat sakit tekak. Ubat sakit tekak tu besar weh haha, tapi berkesan. 




Madi tak kongsi gambar di ladang kurma dan kedai di situ. Saya banyak ambil video je sebenarnya. 

Hari Keempat (22/01/2018, Isnin)


Kitorang sekeluarga singgah kembali ke Masjid Quba' sebab nak beli kurma dan kacang di situ. Harga kat sana lebih murah dan lebih banyak pilihan. 

So, Madi share gambar lain ye.


Jubah memang lawa. Ada yang 4 helai 100 riya. Jubah yang lawa lagi, ada yang sehelai 100 riya. Tapi pandai-pandai la tawar menawar. Peniaga kat situ pandai cakap Bahasa Melayu.

Gambar kat bawah ni nasi daging unta. Daging tu memang besar. Rasa macam daging biasa. Rindu nak makan lagi. 






Hari terakhir

Menunaikan solat Zuhur dan Asar.  Lepas tu, buat Ziarah Wida' secara bersendirian. Nak ucap selamat tinggal  sebagai menghormati kunjungan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 


Selamat tinggal kota Madinah. Ada rezeki kita berjumpa lagi. 




Di Prince Mohammad Bin Abdulaziz Airport


Apa yang dapat disimpulkan kat sini:

- Bawa strepsils, panadol & ubat2 yang berkaitan. (Pergi time cuaca sejuk, and rupanya cuaca kat Madinah tu sejuk kering. Jadi senang dapat batuk/demam)
- Bawa Milo 3 in 1 sebab malam2 teringin minum air panas. 
- Tak perlu bawa baju banyak sangat sebab kat sana kalau berpeluh tak berbau. Tapi berpeluh pun tak berpeluh. Tak tau nak cakap macam mana sebenarnya xD



2 comments:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.