Cara Susun Sijil Untuk Interview

Salam readers dan salam Ramadhan.


Malam ni Madi nak kongsi satu pengalaman. 

Selasa minggu lepas, 13/6/2017 Madi pergi inteview kat Janm kat Maybank KL. Tak sangka dapat call interview sebab Madi mohon jawatan untuk Penolong Akautan. Dan kos yang Madi ambil di KPMIM (kolej) adalah Computer Networking. Nampak tak takde kaitan dengan kos?

Masa dia call, dia suruh bawak sijil. Madi pun okay jelah. Lepastu time hari interview tu, para-para interviewer tu tengok fail Madi and dia tanya, salinan sijil asal tak  bawa ke? Ini first time interview ke? And saya jawab ya.

Nak tau Madi letak sijil fotostep tu dalam fail apa? Madi letak je sijil2 fotostep dalam sampul surat color coklat tu. Dahla tak bawa sijil asal, lepastu letak dalam sampul macam ni. Tebalkan muka jelah

Image result for sampul surat color coklat

Tak PROFESIONAL betul aku ni. Jadi selepas ditegur, jumaat tu gigih cari fail yang betul untuk isi sijil-sijil original.

Beli yang plastik dalam tu color transparent punya. 

Boleh cari kat kedai buku (Popular, MPH, D.I.Y)

Dah dapat, lepastu pening macam mana nak susun sijil dengan cara yang betul? Tertakdirlah pulak kawan share kat fb tentang cara susun sijil untuk interview. Meh usha kat bawah.

1. Salina IC (Standby IC asal)
2. Sijil lahir
3. Sijil berhenti sekolah (menengah)
4. Sijil PMR/SPM (standby kedua-dua sekali)
5. Diploma
6. Transkrip Diploma
7. Sijil Dekan
8. Degree
9. Transkrip Ijazah
10. Sijil Dekan
11. Sijil akademik yang berkaitan
12. Sijil aktiviti luar / kokurikulum
13. Dokumen lain yang berkaitan
14. Bagi calon awam atau Kpsl perlu bawa surat pengesahan majikan dan laporan prestasi.


Sebab ni dapat kat Facebook, Madi search link blog kat atas tu. Jadi thank u to this sister:


8 comments:

  1. Replies
    1. hehehe saya pun. Taknak kena marah dah time interview

      Delete
  2. File dah bersusun lama dah. Siap pakej berhabuk bertahun tak sentuh. Hahaha

    ReplyDelete
  3. betul..susunan yang kemas dan teratur barulah sedap mata nak menengoknya kan..hehe..nice tips.

    ReplyDelete
  4. sy pun time first time interview simpan sijil fotostat dlm sampul coklat tu 😂

    ReplyDelete
  5. nice tips . selain dari penampilan diri , yang kedua diorang tengok cara susunan sijil

    ReplyDelete
  6. hye..nk ty..awk buat pengesahan x utk sume sijil2 tu mase g interview?

    ReplyDelete
  7. hai, nak tanya, warna folder tu memang kena warna hitam ke? atau bole warna lain?

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.