Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah
Assalamualaikum. Bulan 4.2015, Kelab Kembara Kolej Profesional Mara Indera Mahkota telah menjalankan aktiviti perkhemahan selama 2 hari 1 malam (cukuplah tu, tak payah melebih2). Yang ni khas untuk sem 2 sahaja sebab nak lulus KoQ. Hahaha.
Pukul 8 pagi dah kena berkumpul kat kafe kolej. Macam biasa lah kan, janji melayu, bas lambat sampai.
Yang ni dah sampai kat Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Ahmad Shah. Dekat je dari kolej kitorang ni. Lokasi dia diantara Kuantan dengan menghala kearah Terengganu.
Saya dan 6 orang kawan yang lain sebagai AJK Makanan kena hidangkan makanan dahulu. So, kitorang kalau habis aktiviti je, kena sediakan makanan. Kitorang ada banyak kelebihan, antaranya dapat minum air dahulu. Hahahah!!
Selepas makan pagi, kitorang terus gerak ke Flying Fox. Nak jalan dari tapak perkhemahan ke Flying Fox ni letih. Naik bukit lah katakan. Semput kitorang semua.
Then, solat zuhur. Makan. Lepastu gerak balik ke lokasi sama untuk main rakit! Best sangat sebab korang lawan dengan grup lain. Aktiviti ni memang unik. Bagus kem ni. ^_^
Selepas Asar, aktiviti seterusnya adalah memasak. Api kena hidupkan sendiri. Fasi tu bagi lighter and pandai-pandailah hidup.
Bahan yang disediakan:
- Telur 2 biji
-Tepung
Ikut kemahiran sendiri nak masak macam mana. Nanti fasi tu rasa and tentukan pemenang.
Aktiviti malam tu kena solo walk. Malam tu hujan lebat, kitorang ingatkan cancel. Last2 buat juga. Huhuhuhu. Gambar takde sebab phone kena simpan.
Ini pula aktiviti terakhir. Geli, busuk semua ada. Tapi fun sangat!
program yang menarik dan sangat bermotivasi....good job....
ReplyDelete