Kopi dari najis Musang


Kopi Luwak adalah jenis kopi dari biji kopi yang telah dimakan dan melewati saluran 

pencernaan binatang bernama luwak. Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri.

Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual kopi luwak (Civet Coffee) 

dengan harga yang cukup mahal. KOPI luwak yang hanya boleh didapati di Indonesia dianggap sebagai kopi paling pelik di dunia. Ia hanya boleh dihasilkan menerusi najis sejenis musang yang dikenali sebagai luwak oleh masyarakat tempatan. Secara semula jadi, musang tersebut akan terlebih dulu memakan biji kopi pada waktu malam sebelum penduduk kampung mengutip najis haiwan itu untuk diproses menjadi serbuk kopi.
Antara lokasi hangat penghasilan kopi yang mempunyai nilai komersial AS$700 (RM2,170) sekilogram itu ialah di sekitar Bali, Sumatera, Jawa dan Sulawesi.
Kopi itu pernah mencetuskan kontroversi apabila ada segelintir pihak yang mendakwa bahawa ia haram dimakan oleh orang Islam kerana dihasilkan menerusi proses pencernaan haiwan.


Namun Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 yang bersidang selama tiga hari mulai 13 Februari 2012 lalu memutuskan bahawa kopi tersebut harus dimakan.
Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), biji kopi luwak adalah bersifat najis.
“Ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam."
“Biji kopi tersebut juga hendaklah disucikan terlebih dulu daripada najis,” demikian kenyataan fatwa itu.
Muzakarah juga memutuskan bahawa kopi luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan pengiktirafan halal daripada Jakim atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
So, siapa yang nak sihat dipersilakan minum kopi ni.. ^_^




3 comments:

  1. xprnah dgr kopi ni...ketinggalankah saye?hehehe...tp bile bace...ai mcm xmau la...hehehe

    ReplyDelete
  2. huu err kopi cmni pon hado.??haha tataw pon

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.