Hukum Memakai Telekung Berwarna


Mak kata dulu telekung macam ni popular. Ya, memang sangat popular! Tapi lama2, dah takde orang nak beli. Mak Madihah cakap yang telekung ni kegemaran Puak Ajaran Sesat. Tak tahulah betul atau tak.
So, Madihah pun taknak beli telekung macam ni. Warna putih tetap menjadi kegemaran.
Cuba tengok ni : WOW!
 
Warna Kegemaran Rasulullah SAW

 Annas bin Malik mengatakan
“Warna yang paling disukai oleh Rasulullah saw adalah hijau.” Namun
selain itu Rasul juga ternyata menyukai warna putih. Ada juga keterangan bahwa Nabi Muhammad saw pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran."

Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumiddin berkata: “Yang amat disukai oleh Nabi saw ialah warna putih.”

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: “Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau karena warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya, sesudah putih.”

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata: “Aku pernah melihat Nabi saw memakai serban hitam yang dipakainya pada hari raya…”

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya: “Pernah Rasulullah saw berpakaian yang bercorak merah pada dua hari raya dan pada hari Jumat.”

Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. dia berkata: “Pernah Nabi saw keluar dengan kepala yang dibalut sehelai kain yang berwarna abu-abu.”

Imam Bukhari meriwayatkan hadis dari Anas r.a, beliau pernah melihat : “Nabi saw menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.”

 So, hukum memakai telekung warna-warni ni :

1. Telekung berwarna adalah harus digunakan kerana syarat mendirikan solat adalah menutup aurat tidak nipis sehingga menampakkan kulit (aurat) - SUMBER
2. "Terus kepada tajuk, hukum wanita yang bersolat tanpa memakai telekung adalah sah, tetapi dengan syarat pakaian itu hendaklah menutupi aurat dan bersih daripada najis. Jadi apa sahaja pakaian dan apa sahaja warnanya, baik baju kurung, seluar, jubah atau apa sahaja, yang penting menutup aurat dan bersih daripada najis. " SUMBER
3. Dari Imam Muda Asyraf
"Andainya seorang wanita memakai baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ia berwarna-warni, solatnya tetap sah. Menurut Jumhur Ulama, diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat: “Jika kain dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ia dibolehkan.”
Aurat wanita ketika solat sama seperti aurat wanita di luar solat. Seperti batasan aurat wanita yang diguna pakai masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan pandangan ini, tidak semestinya telekung saja boleh dijadikan pakaian solat. Baju kurung, jubah dan blaus juga boleh dijadikan pakaian solat walaupun ia bukan berwarna putih."
Kredit : Thanks ya :)
 

2 comments:

  1. Konsep nak faham senang jer , cuba tengok orang laki solat . Seribu satu warna ada . Asalkan cukup syarat yang ditulis dalam entry nie (bersih dan menutup aurat) .

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Cuba visit website www.myvalorem.com untuk telekung berbatu rhinestones. Sekarang kami sedang membuat Year End Warehouse Sale. Free size, telekung extra besar, kain extra panjang dan ada 2 lapis dari kepala sampai bahu. Walau besar tapi sesuai untuk semua saiz badan kecil atau besar. Fabric japanese cotton. Sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.