Monday, 9 December 2013

Hilangkan Kesan Hitam di Siku dan Lutut


 JUS LEMON
Ambil jus perahan lemon dan oleskan secara rata menggunakan kapas muka di bahagian bewarna gelap. Ulangi untuk tiga kali sehari. Setelah dioles, biarkan lebih kurang 20 hingga 30 minit dan kemudian bilas dengan air putih.

 MINYAK KELAPA
Sapukan minyak kelapa pada siku dan lutut sambil memicit-micit bahagian yang bewarna gelap itu lebih kurang lima hingga 10 minit. Kemudian biarkan seketika dan seterusnya bilas dengan air bersih. Selain itu, minyak kelapa juga boleh dicampurkan dengan jus lemon untuk tujuan pencerahan dan memutihkan kulit

YOGURT
Ambil sedikit yogurt dan campurkan dengan perahan jus lemon. Kemudian gosok dan picitkan di bahagian siku dan lutut selama 10 minit. Biarkan ia untuk seketika. Seterusnya untuk di bilas, gunakan susu segar untuk tujuan pencerahan dan melembabkan kulit.

SKRUB
Gunakan juga skrub yang mempunyai tekstur halus untuk tujuan penglupasan dan membuang sel-sel kulit mati. Amalkan selalu ketika kamu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

BADAM
Untuk mengembalikan kecerahan pada kulit siku dan lutut, campurkan ketiga-tiga bahan seperti badam, madu dan gula lalu kamu oleskan di bahagian kulit yang gelap dan biarkan lebih kurang 10 – 15 minit sebelum membilasnya.

KRIM
Sebelum melakukan sebarang aktiviti di luar, pastikan kamu menyapu krim terlebih dahulu pada kulit. Amalkan memakai krim setiap pagi dan malam untuk tujuan kelembapan. Sekurang-kurangnya kulit kamu tidak akan menghasilkan belulang dan terdedah kepada radiasi sinar matahari.

                                                                                                                    

                                                                                                                                Sumber : Remaja

No comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen