6 Sebab Nyamuk Gigit Manusia
Masa tengah baca paper, terbaca artikel pasal nyamuk ni. So, teringin juga nak kongsi dengan blogger lain. Bukan semua saya taip kat sini.. =D Enjoy!
1.Nyamuk lebih tertarik kepada manusia berdarah O.
Berdasarkan kajian di Jepun, nyamuk dua kali ganda lebih suka menghisap darah individu ini kerana rasanya lazat berbanding darah jenis lain.
2. Nyamuk lebih aktif ketika bulan penuh.
Kajian AMCA menunjukkan nyamuk dikatakan 500 kali lebih aktif menggigit mangsa ketika bulan penuh.
3. Nyamuk gemar pada individu kaki berbau.
Saintis Jerman menemui nyamuk suka akan bau busuk pada kaki kotor manusia.
4. Nyamuk sedar kehadiran wanita mengandung.
Seekor nyamuk akan tertarik kepada karbon dioksida dan kelembapan dalam pernafasan dengan tumpuan 21 peratus kepada wanita mengandung.
5. Nyamuk tertarik kepada pakaian berwarna gelap.
Menyarungkan pakaian hitam dan merah meletakkan anda kepada risiko gigitan nyamuk, manakala memakai pakaian terang seperti hijau dan kuning tidak membawa risiko.
Hurm patutlah nyamuk suka sangat gigit kita sebab kita ni darah O. hehehe.
ReplyDeleteNice tips dear. Tapi darah O memang special "Universal Donor"