Tips : Segak dan Maskulin bagi Lelaki

Wednesday, May 15, 2013



1. Ringkas tapi bergaya!
 Lelaki dan ringkas adalah padanan sinonim. Kekalkan minat bergaya dan berfesyen, tapi, tak perlulah nak meniru gaya artis berjalan di Red Carpet. Be yourself. Amalkan gaya pakaian tak melebihi 3 warna.

2. Wajah bersih dan kemas
 Pandai berfesyen, tapi tahu nak jaga kebersihan. Paling penting jaga kebersihan badan dan muka. Jangan lupa pakai deodoran.. Pastikan badan tak berbau dan cukur segala bulu yang tak perlu disimpan dan biarkan wajah nampak terurus sekiranya nak simpan misai, janggut dan jambang.

3. Beli kerana jenama?
Elakkkan membeli pakaian kerana jenama.. Membazir duit!! Pastikan anda tanya tanya diri dulu sebelum membeli. Biar beli pakaian murah namun kemas berbanding pakaian mahal yang kurang menarik dan tak selesa. Tak semestinya pakaian yang berharga murah tu tak berkualiti.

4. Peka fesyen dan pakaian anda
 Jangan terlebih berfesyen kerana itu bakal membuatkan diri sendiri rasa kurang selesa. Padankan konsep penggayaan mengikut cuaca, keadaan, dan acara..

5. Jangan malu minta pendapat orang lain.
Ringankan mulut tu untuk bertanya rakan rapat anda, apa gaya yang sesuai dipakai oleh anda. Buat pemilihan yang sesuai dengan warna kulit serta aksesori yang sesuai digayakan bersama pakaian yang nak dipakai.

6. Pelengkap gaya
  Lelaki memang berbeza dengan wanita. Apa yang saya perhatikan, sesetengah lelaki memang suka benda yang simple. Cukup menggayakan jam tangan bersesuaian, beg backpack dan tali pinggang, anda sudah berjaya memukau pandangan orang lain..

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM , DENGAN SUKACITANYA DIMAKLUMKAN DISINI ADA G.A TERBESAR MEI, MEMANG AWESOME . HADIAH TOP REFERRAL SEHINGGA RM150.++ . JOM JOM . ADA BANYAK LAGI HADIAH . ANDA DI TAG #407
    LINK TAGGING SILA KLIK SINI
    LINK GA SILA KLIK SINI

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.