Sunday, 10 September 2017

Apa yang Patut Ada Di Sebuah Blog?

Salam readers

Untuk entry kali ni, Madi straight to the point jela. Bila Madi jalan2 kat blog orang lain, mesti ada benda macam, "Oh, loadingnya blog ni"  "Peningnya tengok blog ni". Ini pendapat Madi la. Pendapat orang lain Madi tak tahu.  So apa yang patut ada di sesebuah blog?

Benda Basics Yang Patut Ada Di Blog

1. Header

Tak kisah header korang design dia macam mana. Yang penting header ni macam first impression bila orang lain berkunjung ke blog kita. Font pun mestilah kena pilih yang senang dibaca dan difahami. 

2. Blog Search


Blog search ni penting sebab kalau pengunjung nak cari something kat blog kita, dia just taip je ayat yang dia nak, and keluarlah semua list yang berkaitan.

3. About Me // Pengenalan Diri
 

Yang ni macam kad pengenalan diri la kiranya. Ni dapat memperkenalkan diri kita pada orang lain. Aceceh. Letak la benda yang penting kat About Me tu. Contoh macam Madi punya. Ada nama, tarikh Madi start buat blog, email dan social media.

4. Followers Gadget
 Well, semua social media memang wajib ada butang followers ni kan? Ni salah satu cara untuk buat blog dikenali ramai. Kalau takde follower, rasa sedih je. Macam takde orang je kat blog ni. 

5. Blog Archive // Popular Posts


Blog archive pun salah satu widget penting yang perlu ada di blog. Korang boleh scroll entry-entry lepas tu. 
Kalau Popular Posts ni bagi Madi penting sebab pengunjung boleh tengok entry yang menarik perhatian dorang. Alang-alang tu naik jugak traffic sources. Ikut korang la kalau taknak letak Popular Post ni.

6. Shoutbox

Ni sejak Madi start berblog lagi, widget ni sangat penting untuk Madi. Melalui shoutbox ni, kita dapat tinggal jejak kat blog orang lain. Kadang2 yelah, bila dah baca post blogger lain, siap komen lagi, Madi suka jugak komen kat shoutbox tu. 

Jadi, setakat ni je yang Madi mampu share. Yang lain tu ada juga yang penting untuk blog, tapi Madi share widget penting untuk newbies dan senang nak letak di blog.



Thursday, 31 August 2017

Bahagian Wang Tak Dituntut (JANM)

Salam readers dan selamat menyambut hari Kemerdekaan

Okay hari ni nak share tentang Wang Tak Dituntut. Ala yang viral tu. Salah satu tempat yang famous untuk korang cek adalah di tingkat 42, Menara Maybank, Kuala Lumpur.  Yang Madi cerita ni hanya cara cek saja, kalau cara nak tuntut duit tu, sorry, Madi tak tahu sangat.

Image result for menara maybank

Masa sebelum viral kat TV, tak ramai pun tahu kewujudan Bahagian Wang Tak Dituntut tu. Madi tengok ramai orang Cina yang datang ke sini. So selepas viral mestilah ramai yang tahu kan? Memang tak terkawal la selepas viral tu. Orang datang serbu kat Menara Maybank tu. Even time waktu rehat pun 1pm-2pm orang still ada kat tingkat 42 tu. 

 Ramai percaya yang nak cek wang tak dituntut ni ada tamat tempoh masa. Please jangan percaya sebab korang boleh cek bila-bila masa sahaja! Jadi sebab taknak ramai orang kat Tingkat 42 tu, Bahagian Wang Tak Dituntut (BWTD), Menara Maybank decide hanya 400 orang saja yang boleh datang cek. Kalau di cawangan lain, Madi tak tahu.

Isnin - Khamis
  • 300 untuk orang awam
  • 100 untuk Orang Kelainan Upaya dan warga emas berumur 60 tahun dan keatas
Jumaat
  • 200 untuk orang awam
  • 100 untuk Orang Kelainan Upaya dan warga emas berumur 60 tahun dan keatas
Di lobi Menara Maybank

Sebelum korang naik keatas, kena ambil nombor dan beratur. Kalau nombor dah habis, korang kena pulang la. Janganlah marah pekerja BWTD pulak ye sebab nombor dah habis. Tahun hadapan korang boleh cek online je. Tak perlu nak beratur sesak-sesak. 

Selepas dah dapat nombor dan sebelum naik ke atas, korang kena isi nama dan no ic di buku yang disediakan. Nanti pegawai akan terangkan kat korang semua. Kalau korang takde nombor dan kad yang diberi oleh pegawai BWTD, polis kat lobi tu takkan kasi korang naik.
Untuk pengetahuan korang, kanak-kanak tak boleh bawa naik atas ye. 



Orang beratur tunggu giliran di tingkat 42


Okay ini prodesur nak cek bila korang dah sampai di kaunter BWTD:
  • Seorang hanya boleh cek untuk diri sendiri saja. 
  • Bawa kad pengenalan original
  • Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, bawa sijil kematian, sijil kelahiran korang yang original dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris. 
  • Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, bawa sijil kematian, sijil perkahwinan original dan dokumen yg berkaitan 
Untuk yang duduk diluar kawasan Kuala Lumpur, korang boleh cek di Jabatan Akauntan Negara yang berdekatan di negeri masing-masing. Boleh cek lokasi JANM di sini: Cawangan JANM

p/s: Time cuti sekolah paling ramai orang datang. 

Jangan lupa share dan komen jika info ni bermanfaat untuk anda semua.

Sunday, 20 August 2017

Festival Cosplay & Animangaki

Salam readers

Sebelum ni Madi ada share tentang COMIC FIESTA 2016 di PWTC. So kali ni Madi nak share tentang ANIMANGAKI pulak. 


Event Animangaki ni adalah kedua terbesar selepas Comic Fiesta. Animangaki ni berlangsung selama 2 hari sahaja. Dan kalau nak masuk kena bayar RM25 seorang dan tiket valid untuk sehari saja. Siapa yang minat dengan Anime and nak beli barang2 yang berkaitan dengan Anime, memang wajib masuklah.

Korang kalau nak beli tiket, ada 2 cara.
  • Early bird
  • Beratur pagi tu




Selain tu, ada juga Cosplay Competition, Idol Competition and others. 



Digivice



So kat bawah ni gambar Madi dengan cosplayers yang sempat bergambar. Penat tau kejar cosplayers ni. 







Kalau nak tengok banyak lagi, korang boleh search hastag Animangaki di Instagram

Friday, 11 August 2017

Dress Ala Princess Hanya RM89?

Salam readers


Semalam Madi dapat mesej dari Zefiks Collection mengatakan yang dorang ada ada buat sales serendah RM89 sahaja! Harga asal dress-dress tersebut adalah RM106

Taknak cerita banyak, korang boleh tengok sendiri baju yang dorang jual tu. Semua dress kat bawah ni hanya RM89 SEHELAI! Jom cuci mata, sambil tu boleh beli sekali. 










Bukan dress je dorang jual, shawl pun ada sekali.  Rambang mata tengok sebab semua cantik betul!



Siapa yang nak tengok colors lain, boleh click kat sini:

atau korang boleh singgah butik Zefiks di Bangi

No.11, Jalan Perindustrian Suntrack, Hub Perindustrian Suntrack, Off Jalan P1A Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

--This is not a sponsored post--




Monday, 7 August 2017

Blog Semakin Cun Dengan Sentuhan Siapa?

Salam readers

Siapa yang baru masuk blog Madi? Haa, lain kan? hehehe. Madi baru je tukar design semalam, hari Ahad. Well, dah lama sebenarnya nak tukar design sebab dah bosan dengan design sebelum ni. So, dari tahun lepas lagi memang dah cari orang yang boleh edit blog. Finally jumpa juga.  So, siapakah yang tolong edit blog Madi ni?

Inilah orangnya. Madi panggil akak je. Nama akak ni Siti Awadah atau nama blog beliau: http://sishawa.blogspot.my/ atau https://rosbirumuda.blogspot.my/


So Madi tertarik dengan pakej yang ditawarkan oleh kak Awa. Ada RM30 dan RM40. Murah betul harga yang kak Awa ni offer. 

So ini dia header yang kak Awa tolong buat. Madi minta header ala2 bohemian gitu. And sumpah lawa!


Madi minta tolong kak Awa buat read more style macam tu. Baru nampak tersusun dan sedap mata memandang.


Kat About Me, Madi minta guna gambar lama je. Tak payah tukar. Tapi, kak Awa ambil gambar Madi kat facebook and design kan . Terharu sangat. Rasa nak nangis sebab lawa + sweet.


Yang ni pula kak Awa tambah New Comment, Top Comment dan Shoutbox. Color pilihan mestilah ungu. 

Yang ni pula watermark yang kak Awa buatkan. Madi tak minta pun sebenarnya. Tapi kak Awa tahu yang Madi takde lagi watermark. (Saya mmg pemalas nak buat sendiri) Baik betul kak Awa ni.

Yang paling penting, kak Awa kata, blog ni dia dah buat mesra SEO. Madi selama ni tak ambil kisah sangat pasal SEO. Thanks kak Awa. 

So, tertarik kan dengan design macam ni? Kalau korang nak, korang boleh singgah blog http://sishawa.blogspot.my/ atau https://rosbirumuda.blogspot.my/and tengok setiap blog yang kak Awa dah buat. 

Thanks and semoga rezeki kak Awa semakin murah 

Sunday, 6 August 2017

KLAIRS - Mochi BB Cushion & Mid Day Blue Sun Lotion

Salam readers


        Haa, nak tau tak apa 2 benda comel kat atas tu? Okay, itulah antara dua produk dari KLAIRS, iaitu salah satu skincare brand yang famous dari Korea Selatan. Klairs ni sangat terkenal dengan kebagusan produk-produk mereka. 

     ❤ No Colorant
     ❤ No Alcohol
      No Parabens
     ❤ No Artificial Fragrance

       Jadi, Sun Protection sangat penting dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi untuk mereka yang nak jaga kulit dari sunburn. BB Cushion pula memang salah satu pengganti bedak compact sebab BB Cushion ni orang kata coverage dia lagi bagus. So, meh kita tengok kat bawah ni.

Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF40 PA++


         Malaysia ni kan negara yang panas, so of course la kena pakai sun protection ni setiap hari. Bukan setakat anda pergi keluar rumah je, duduk dalam rumah pun kena pakai juga. Nak tahu kenapa? Sebab kat dalam rumah pun kita terdedah dengan UV RAY seperti lampu, duduk depan komputer.

        Apa yang penting kalau nak pilih sun protection ni? First kenalah pilih yang ada SPF30 keatas. Second, pilih jenis yang sesuai dengan kulit kita. Berminyak, kering atau kedua-duanya. So, Klairs Mid Day Blue Sun Lotion SPF 40 PA++ memang pilihan yang terbaik untuk anda. Sebab sun lotion ni sesuai untuk semua jenis kulit Kalau kulit muka korang jenis yang sensitif, SPF 40 PA++ dah cukup baik untuk korang.

       Tekstur sunscreen ni ringan, tidak melekit dan tidak akan keringkan kulit muka. Color sun lotion ni biru, sebab ada bahan Guaiazulene yang boleh cover kulit sunburn atau redness. Selain itu, bila korang apply Mid Day Blue Sun Lotion, muka akan nampak lebih bermaya dan glowy. 



Sebelah kanan putih sedikit dari belah kiri

Cara Pakai:
1. Goncang dulu sun lotion tu sebelum pakai
2. Jangan apply banyak sangat sun lotion tu sebab taknak ada white cast
3. Apply 15 minit sebelum keluar dari rumah.
4. Kalau apply pakai sponge, sun lotion ni juga boleh dijadikan sebagai makeup primer.

Tips: Better reapply sun lotion 2 jam atau 3 jam sekali kalau korang selalu terdedah dengan cahaya matahari

Klairs Mocchi BB Cushion

       Klairs Mochi BB Cushion, comel sangat packaging tu. Okay, BB Cushion ni hanya ada satu shade sahaja. Mean, kalau sesetengah bb cushion yang lain ada light, natural shade. Yang ni takde okay. 

Surface Mochi BB Cushion tu color putih



      Selain itu, Mochi BB Cushion juga mempunyai SPF40. So, selepas pakai Mid Day Blue Sun Lotion, bolehla korang pakai Mochi BB Cushion pula. 

 

     Kalau korang tengok dalam video tu, penutup dia boleh pusing. Mean nak buka dan tutup tu korang boleh pusing saja. So kebersihan memang terjaga. Tambahan lagi, Mochi BB Cushion dapat meneutralkan kulit muka (redness),meratakan tona kulit yang tidak sekata, dan cover pori-pori di muka.

3 Cara Berbeza Menggunakan Mochi BB Cushion


Menarik kan produk Klairs ni? So, untuk korang semua yang nak cuba dua produk di atas ni boleh terjah kat website di bawah

WebsiteHermo Klairs
Instagramhermomy