Sunday, 10 September 2017

Apa yang Patut Ada Di Sebuah Blog?

Salam readers

Untuk entry kali ni, Madi straight to the point jela. Bila Madi jalan2 kat blog orang lain, mesti ada benda macam, "Oh, loadingnya blog ni"  "Peningnya tengok blog ni". Ini pendapat Madi la. Pendapat orang lain Madi tak tahu.  So apa yang patut ada di sesebuah blog?

Benda Basics Yang Patut Ada Di Blog

1. Header

Tak kisah header korang design dia macam mana. Yang penting header ni macam first impression bila orang lain berkunjung ke blog kita. Font pun mestilah kena pilih yang senang dibaca dan difahami. 

2. Blog Search


Blog search ni penting sebab kalau pengunjung nak cari something kat blog kita, dia just taip je ayat yang dia nak, and keluarlah semua list yang berkaitan.

3. About Me // Pengenalan Diri
 

Yang ni macam kad pengenalan diri la kiranya. Ni dapat memperkenalkan diri kita pada orang lain. Aceceh. Letak la benda yang penting kat About Me tu. Contoh macam Madi punya. Ada nama, tarikh Madi start buat blog, email dan social media.

4. Followers Gadget
 Well, semua social media memang wajib ada butang followers ni kan? Ni salah satu cara untuk buat blog dikenali ramai. Kalau takde follower, rasa sedih je. Macam takde orang je kat blog ni. 

5. Blog Archive // Popular Posts


Blog archive pun salah satu widget penting yang perlu ada di blog. Korang boleh scroll entry-entry lepas tu. 
Kalau Popular Posts ni bagi Madi penting sebab pengunjung boleh tengok entry yang menarik perhatian dorang. Alang-alang tu naik jugak traffic sources. Ikut korang la kalau taknak letak Popular Post ni.

6. Shoutbox

Ni sejak Madi start berblog lagi, widget ni sangat penting untuk Madi. Melalui shoutbox ni, kita dapat tinggal jejak kat blog orang lain. Kadang2 yelah, bila dah baca post blogger lain, siap komen lagi, Madi suka jugak komen kat shoutbox tu. 

Jadi, setakat ni je yang Madi mampu share. Yang lain tu ada juga yang penting untuk blog, tapi Madi share widget penting untuk newbies dan senang nak letak di blog.