HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Sunday, 16 July 2017

Exam Assistant di UIAM

Salam readers 

Image result for iium

Time sebelum puasa tu ada apply kerja sebagai Exam Assistant (EA) kat Uia Gombak. Dekat je dengan rumah and baru je habis intern, so why not kerja je. Kerja ni start dari 15 May 2017 - 8 Jun 2017. Tapi bergantung jugak dengan kuliah mana yang EA kena jaga. Macam Madi kena jaga student IRK, so rasanya kitorang paling lama jaga students exam.
Kalau korang nak tahu, tahun2 sebelum kitorang, selalunya Uia akan ambil ramai EA. Sangat ramai. Tapi tahun ni berkurang sebab ekonomi meleset. Faham2 la sendiri. 
Masa hari pertama tu, kitorang tak payah jaga student exam lagi. Kitorang kena tolong staff susun kertas dengan file untuk hari exam tu.



So mari pergi ke hari exam pulak. Masa exam ada beberapa tempat yg kitorang kena jaga. Ada dewan besar, yang dipanggil CAC dan kelas. 

Main Hall CAC (paling besar)


Banquet Hall CAC

Engine Hall (maybe?)


Time jaga tu kan bulan puasa, agak penat jugaklah. Kalau time puasa, waktu kerja memang dari 8am - 5pm, tapi kenalah datang before 8am sebab kau kena agihkan kertas walaupun exam start 9am.

Antara tugas EA time exam:
  • Teman students pergi tandas
  • Agihkan kertas soalan + jawapan
  • Kutip kertas jawapan
  • Kutip attendance slip
  • Kalau student tanya soalan, haa panggillah lecturer tu (kalau foreigner tanya, aku panggil lecturer dorang)
  • Kalau meja dorang bergoyang, kita bagilah kertas and lipat, letak bawah kaki meja.
  • Lepas habis exam, make sure kertas jawapan tu sama dengan jumlah students
Tapi ada satu student tu, time Madi first jaga bahagian dia, Madi macam tak peduli pun student ni. Pastu kali pertama Madi tolong dia time nak kutip kertas jawapan and dia tak dapat jawab satu soalan objektif. So Madi pun tolong bagi jawapan sebab student lain jawab jawapan tu. Hehehe

Kali kedua pulak, dia angkat tangan and tanya satu ayat dalam bahasa inggeris. Dia nak buat essay rasanya. Madi pun tolong google. Hahaha, baik betul aku. LOL. Pastu kali terakhir pun dia tanya benda yang sama. Tulah last jumpa dia. Sedih jugak huhuhu. 




Last day so yeay!!


Dapat hadiah dari IRK. TQ

Psst, gaji tak dapat2 lagi. Sekarang dah 16 Julai. Ni lagi sedih sebab dah sebulan lebih tunggu. 








4 comments:

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen