Salam readers
Penatnya bekerja atau belajar kan? Kalau yang duduk kat luar Bandar
tu seronoknya korang sebab yelah, kat Kuala Lumpur ni dah tak banyak alam
semula jadi yang boleh kitorang pergi. Asyik hadap jem je. Stress tau? So,
macam mana nak hilangkan stress ni? Haa, salah satu cara adalah dengan pergi
bercuti. Tak payah pergi jauh-jauh, kat Selangor ni ada satu tempat menarik
yang boleh orang2 KL pergi bercuti.
Di Sabak Bernam, Selangor ada alam yang penuh dengan kehijauan
untuk kita nikmati. Hari ni Madi nak share salah satu lokasi yang menarik yang terletak di Malaysia yang
korang patut pergi. Bila dah penat-penat bekerja, dapat pergi tempat macam ni
dengan keluarga, memang nyaman habis lah! Lagi-lagi kalau kita duduk bandar,
sekali-sekala pergi tempat begini memang boleh release tension gitu. Hahaha.
Bagi Madi, tempat yang penuh kehijauan sentiasa merupakan ubat penat terbaik
bila kita dah penat bekerja atau penat belajar. Time SPM dulu, cikgu pernah
kata, ‘kalau awak dah blank masa jawab paper atau mata awak penat sangat, awak
tengok luar, tengok warna hijau pokok-pokok’. Kenapa? Sebab color hijau ni
bagus untuk mata. Tenang je kan?
Sekinchan adalah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri
Selangor. Okay good news to orang Selangor! Pemandangan bendang padi hijau yang
indah kelihatan seperti lukisan membuktikan tempat ini adalah salah satu
kawasan pengeluar beras terbesar di Malaysia. Terletak kira-kira 102 km ke
utara Kuala Lumpur dan kira-kira 28 km dari Kuala Selangor, Sekinchan adalah
betul-betul di tengah-tengah kawasan jelapang padi utama Selangor, di daerah
Sabak Bernam.
Bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil, tempat ini kini
expand dengan lebih meluas dengan penanaman sawah padi secara besar-besaran.
Kampung-kampung di tepi pantai di sini amat diberkati dengan tanah yang subur
di mana terdapatnya laut dan sawah padi. "Shi Geng Zhuang" merupakan namanya dalam bahasa Cina yang
diterjemahkan secara langsung daripada fonetik Sekinchan dan difikirkan sebagai
nama yang sempurna kerana ia membawa maksud 'kampung sesuai untuk pertanian'. Haa, bagi korang yang tak pernah
tau, tu merupakan serba-sedikit mengenai latar belakang tempat yang menarik ni.
So, untuk post kali ni, Madi nak bagitahu korang Tips
untuk Melancong dan book Sekinchan Hotel online on Traveloka. Jadi kalau korang datang dari jauh-jauh tu, tak perlu risau nak
bermalam kat mana.
Cara ke Sekinchan
Sebelum tu, meh sini Madi share cara untuk sampai ke sini.
Disebabkan ia masih lagi merupakan sebuah kampung, pilihan pengangkutan untuk
sampai ke destinasi ini adalah terhad. Kebiasaannya, pengunjung ke sini sama
ada dengan memandu atau dengan bas. Terdapat dua cara yang berbeza untuk sampai
ke Sekinchan dengan memandu iaitu
- Laluan 1: Jalan lama Shah Alam - Setia Alam - Meru - Kapar - Kuala Selangor - Tanjong Karang
- Laluan 2 : LATAR Expressway. Melalui lebuhraya ini, ambil jalan keluar di Ijok dan terus menghala ke Kuala Selangor. Korang melepasi Kuala Selangor Nature Park sebelum sampai ke pekan Sekinchan.
Kalau korang nak ke sini melalui
bas, please take note hanya ada satu je syarikat perkhidmatan bas yang
menyediakan laluan ke Sekinchan iaitu SPT Sabak Bernam. Harga tiket ialah RM 9.30 dan bas bergerak setiap jam
dari jam 9 pagi sehingga 7 malam. Kalau
korang student yang takde transport, boleh je nak datang sini naik bas.
Lagi-lagi kalau datang dengan kawan-kawan. Pergh lagi seronok!
Lokasi Hot Untuk Photoshoot!
Ramai yang tak tahu sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik di
sini. Antara beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini ialah
menyaksikan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Seperti yang disyorkan
oleh ramai jurugambar, sawah padi di Sekinchan menawarkan rasa yang berbeza
pada masa yang berlainan sepanjang tahun bergantung kepada tahap pertumbuhan
pokok padi. Korang boleh check dengan pusat pelancongan tempatan untuk mengetahui
lebih details mengenai info ni.
Kawasan sawah padi di Sekinchan selalu menjadi pilihan bakal pengantin untuk menjadikan keindahan sawah padi Sekinchan sebagai latar belakang dan lokasi pre wedding mereka. Nak jadikan lokasi untuk photoshoot pre konvo pun boleh. Memang cantik giler!
Kawasan sawah padi di Sekinchan selalu menjadi pilihan bakal pengantin untuk menjadikan keindahan sawah padi Sekinchan sebagai latar belakang dan lokasi pre wedding mereka. Nak jadikan lokasi untuk photoshoot pre konvo pun boleh. Memang cantik giler!
Bagan Nakhoda Omar (cr: Rudy)
Bagi yang sukakan suasana laut, terdapat sebuah perkampungan
nelayan yang masih aktif sehingga hari ini. Kampung ini dipanggil Bagan dan
hari ini adalah hanya beberapa batu dari bandar. Korang boleh menyaksikan rutin
nelayan yang keluar pada awal pagi kira-kira 4-5 pagi untuk menangkap ikan dan
kembali semula pada sekitar 5 petang dengan banyak membawa hasil laut yang
segar. Nak feeling-feeling macam suasana kampung? Haaa boleh pergi sini!
Tempat Menarik di Sekinchan
Antara tempat-tempat menarik yang lain yang boleh korang kunjungi
bila bercuti/ berjalan ke Sekinchan ni adalah kilang memproses padi dan muzium
padi. Tempat ni memang sering
dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang berkunjung ke Sekinchan. Korang boleh
tengok sendiri bagaimana pemprosesan berlaku dan juga melawat muzium padi.
Paling best sekali, korang juga boleh beli ole-ole kat situ dengan harga yang
sangat berpatutan dan lebih murah. Contoh macam pearl white rice, pearl brown rice dan pearl fragrant rice.
Pantai Redang, Sekinchan
Selain itu, Pantai Redang di Sekinchan juga merupakan lokasi
menarik yang korang wajib pergi bila bercuti di Sekinchan. Dekat je dengan
restoran seafood di Bagan. So lepas makan seafood kat Bagan tu korang boleh laa
jalan-jalan kat kawasan Pantai Redang ni pulak. Suasana sunset di Pantai Redang
pulak tersangatlah cantik tau! Rugi kalau korang tak tengok! Kalau pergi
dengan orang yang tersayang, mesti sweet gitu. So Madi suggest moh kita ke
Sekinchan. Hehehe.