Thursday, 14 July 2016

Drama Sayangku Kapten Mukhriz

Assalamualaikum.

Sebenarnye jarang Madi tengok drama cinta kat tv3 tu sebab jalan cerita tak menarik. Hehehe.
Tapi bila first time tertengok drama Sayangku Kapten Mukhriz ni, terpikat pula. Sebab ape? Sebab Madi pun lebih kurang  macam pelakon perempuan tu juga perangainye. Hahahaha xD

Macam biasa, kebanyakan drama diambil dari novel cinta. And drama ni diambil dari novel Anugerah Terindah.

Sayangku Kapten Mukhriz, raja afiqq, anugerah terindah, madihahdaisy

Sayangku Kapten Mukhriz, raja afiqq, anugerah terindah

Ramai yang kata drama ni tiru drama KOREA iatu Descendants of The Sun, tapi sebenarnya tak pun sebab novel Anugerah Terindah yang keluar di pasaran dulu. 



Barisan Pelakon:

Sayangku Kapten Mukhriz, raja afiqq, anugerah terindah, madihahdaisy
                             Gambar ambil kat Instagram : raja_afiqq
                               Raja Afiq sebagai Kapten Ustaz Muhkriz


Sayangku Kapten Mukhriz, raja afiqq, anugerah terindah, madihahdaisy
Gambar ambil kat Instagram: nienabaharun
Amaniena Baharun sebagai Dr Arianna Dahlia

                                     Gambar ambil kat Instagram 
                                       Aliff Aziz sebagai Dr Faizal
                              
                                 Gambar ambil kat Instagram : fezrulkhan
                           Fezrul Khan sebagai Leftenan Komander Izzudin
                                    
EPISOD : 23 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Julai 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
NOVELIS : Sophilea
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Raja Afiq, Niena Baharun, Ikhlas Jalil, Hafizul Kamal, Neera Azizi, Reen Rahim, Fezrul Khan, Ieka Zulkifli, Hafizuddin Fazil, Khaty Azian, Noniswara, Nurul Iliyana, Alif Hadi, Nur Sarah Alisha, Feiyna Tajudin , Azzahra Ahmad, Mohd Fadhil, Tash Yong, Aliff Aziz, Iskandar Zulkarnain, Alex Faizal
Credit to: SINI

Sayangku Kapten Mukhriz, raja afiqq, anugerah terindah, madihahdaisy



Tuesday, 14 June 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Sunday, 5 June 2016

Shopping Before Ramadhan di Calaqisya

Salam kepada pembaca. Kebanyakan entry di blog Madi tentang fesyen dan kecantikan. Sebab Madi memang minat dengan semua ni lagi2 kalau jenama2 terkenal macam ni. Harga memang agak mahal tapi berbaloi dengan kualitinya.

Sabtu lepas, 4/6/16 Madi&family jalan2 kat Shah Alam. Alaa, pergi kat tempat famous di Shah Alam. Tempat lubuk peniaga and tempat untuk shopping. First time dapat pergi sana. ^_^

Apa yang ada kat sana? Best? Hmm, memang best woo kalau ada duit. Hahahaha.
Memang banyak jenama2 popular yang ada kedai kat situ. Antaranya:


  • Calaqisya
  • Minaz
  • Bella Ammara
  • Pudore
  • Zawara
  • Jubahsouq
  • Imaan Boutique
  • Jovian Mandagie
  • Jakel
Actually banyak lagi. Kalau sehari memang tak cukup nak singgah semua kedai kat situ. Tempat parking pun banyak. So jangan risau ye. Untuk kaum lelaki, kerusi pun disediakan di luar dan didalam kedai. Tempat makan pun banyak.



Salah satu brand kesukaan Madi. Bila masuk je macam jakun. Ramai orang dalam Calaqisya ni. Kedai pun warna pink. Comel je. Yang syoknya Madi dapat jumpa dengan owner Calaqisya iaitu Encik Hazwan Faiz, isterinya, Puan Yana Khairudin dan anaknya Aisyah. Hehehe. Madi tak bergambar dengan Encik Hazwan Faiz sebab saya pemalu sebenarnye nak bergambar dengan kaum lelaki. Hehehehe


Instagram Puan Yana Khairudin: YANA KHAIRUDIN
Instagram Encik Hazwan Faiz: HAZWAN FAIZ
Instagram saya: MADIHAHDAISY


Inilah dia Puan Yana Khairudin. Sempoi je bila minta bergambar sekali. Pekerja pun ramah je. 
Madi dan mak beli dua helai blouse yang sama design tapi berlainan color. Dan juga sehelai shawl untuk mak. Beg shopping pun comel. Semua tentang Calaqisya ni memang Madi suka dari dulu lagi. Muah.

Ini antara koleksi yang ada di dalam butik. Bila tengok depan2, memang mengancam. Material memang berkualiti. 

Facebook Calaqisya: FACEBOOK


Jameela Kurung


Madi paling suka Inara Peplum ni. Sangat WOW! Tapi harga rm 239. Tak mampu nak beli, maklumlah student kolej. Huhuhu. 


Inara Kurung


Inara Jubah
Koleksi yang mak Madi paling berkenan. 

Nak tengok jenama lain: Boleh tengok sini: JENAMA BAJU GERGASI DI MALAYSIA


Kat Shah Alam ni, bukan ada butik and kedai makan je. Kat sini juga terletaknya Laman Seni guys. Korang bolehla bergambar sepuas-puasnya ye.




Jadi, sesiapa yang nak pergi sini, ini alamatnya:

Jalan Plumbum Q/7Q. PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

Landmark: UITM SHAH ALAM




Tuesday, 24 May 2016

Voucher Zalora



Salam kepada pembaca.





Dalam 2 minggu lepas, dapat email dari ZALORA. Lagi sekali, ZALORA minta buat entry tentang fesyen kanak2. Tanpa fikir panjang mestilah Madi terima. Dapat voucher rm100 buat kali kedua. Alhamdulillah. ^^

Ini entry Madi berkolobarasi dengan ZALORA: Kid Fashion

Jemput baca. TQ =D


Siapa yang tak tahu cara nak guna voucher ZALORA tu, boleh klik link ni ----> Cara Guna Voucher Zalora

Thursday, 12 May 2016

Kid Fashion Online Malaysia Trends

Kid Fashion Online Malaysia Trends

Assalamualaikum kepada pembaca. ^^ Tajuk hari ini berkaitan dengan fesyen kanak-kanak yang memang popular pada masa kini. 




Lucu melihat gelagat si comel Lara Alana yang sering menjadi bualan ramai pengikut media social. Cahaya mata pertama pasangan selebriti popular dan ikon fesyen tempatan, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya ini sering menjadi tumpuan ramai bukan sahaja kerana gelagatnya yang comel, malah fesyen pakaian yang sering digayakan. Mana tumpahnya lauk kalau bukan ke nasi betul tak? Lihat sahaja penampilan Awal dan Scha yang sentiasa glamour dan trendy!
Well, diinspirasi daripada fesyen #ootd Lara Alana yang comel, jom kita lihat apakah sebenarnya trend-trend fesyen kanak-kanak di Malaysia atau kids fashion online Malaysia trends yang paling hot pada masa kini.



Denim
It could be jeans or jackets, denim merupakan jenis pakaian yang sesuai digayakan oleh kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Namun, mungkin kurang sesuai bagi kanak-kanak di Malaysia untuk memakai denim jackets ekoran cuaca yang agak panas. But jeans is always a go!


Leather
Begitu juga dengan penggayaan pakaian yang diperbuat daripada material kulit atau leather. Dan sama seperti denim, kurang sesuai untuk kanak-kanak memakai leather jackets di siang hari kerana cuaca yang panas.




Jumpsuits
Bukan sahaja trending dikalangan penggemar fesyen dewasa, koleksi jumpsuits juga amat comel digayakan oleh kanak-kanak. Tentu sekali dengan padanan baju-t atau kemeja yang berpadanan, koleksi pakaian ini boleh digayakan oleh kanak-kanak lelaki dan juga perempuan!

Saturday, 30 April 2016

Minaz dan Mira Filzah?

Assalamualaikum semua. ^^
                            -----Entry ni tak disponsor oleh sesiapa------

Hari ni nak cerita tentang jenama kegemaran Madi dari dulu lagi iaitu MINAZ. Salah satu butik milik muslimah Melayu yang telah berjaya menempa nama di Malaysia dan juga negara2 jiran.
Madi memang minat dengan jubah, dress, baju semua ni. Setakat ni ada 1 koleksi Minaz. Time tu Wawa Zainal jadi model Minaz.


Hahahaha. So jom tengok koleksi dari Minaz kat bawah ni


Perkenalkan owner Minaz yang comel ni iaitu Hafiza Hamid, nama femes kat instagram ialah : pijaminaz
Let the DESIGN do the TALKING


First, koleksi paling Madi suka adalah Najlaa Kurung. Kalau boleh nak beli color Merah, actually nak semua. Tapi sebab Madi still student tak dapat la nak beli Najlaa Kurung masa first keluar dulu. Mana nak cekau duit weyh. Huhuhu

Si manis Hanis Zalikha

Sekarang si cantik manis Mira Filzah jadi model untuk Minaz. Memang pandai kak Pija pilih orang. <3


                                       Face of Rosellè MINAZ Eau De Parfume MIRA FILZAH 




Perfume Roselle




 Koleksi terbaru dari Minaz iaitu Premium Square Scarf. Material tudung ni adalah Swiss Voile. 
Memang lawa! Tapi mampu tengok jela. Hahaha.




Kat bawah ni pula gabungan meletup antara Minaz dan Ashh&Annas
Sesiapa yang terpikat tu boleh order kat www.minaz.com.my. Boleh pakai masa raya nanti. Pasti meletop!

Gabungan antara Minaz dengan Zalora. Yang bawah ni pula korang boleh order kat www.zalora.com.my . Kalau nak tengok banyak lagi, korang boleh buka laman web Zalora. ^_^




So, jom throwback tengok koleksi Minaz yang dah sold out. Memang ramai yang request supaya koleksi2 ni restock balik.


                         @farahanimrazak memakai koleksi Noura. Lawa sangat!! 


Koleksi Roselle



Orang Singapore pun terpikat dengan design Minaz ni.

Koleksi Raya 2016







Facebook: https://www.facebook.com/minaz.com.my
Instagram: https://www.instagram.com/minaz.my/?
Website: http://www.minaz.com.my/




Nak tengok koleksi lain: Jenama Baju Gergasi di Malaysia
                                          Baju Raya Cantik