HOME TIPS SKINCARE DRAMA DASHBOARD

Friday, 10 June 2016

Mandi di Hutan Lipur Berkelah

Assalamualaikum pembaca. ;)

Semenjak study kat Kuantan ni, banyak tempat yang dah dijajah oleh kitorang. Takdelah banyak mana sebab kitorang ni takde kereta nak ronda2 satu Kuantan. So, kitorang plan, time ada gap exam, kitorang akan sewa kereta sehari and pegi tempat yang kitorang nak.

Sem 4 ni, kitorang pergi Hutan Lipur Berkelah. Kat sini air terjun die ada 7 tingkat. Memang syok dengar. So, kitorang gerak dalam pukul 10.30 pagi dari kolej and sampai sana dalam pukul 11 lebih kut?

Lokasi memang jauh dari Gambang Waterpark tu. First nampak sing board Hutan Lipur Berkelah tu memang dah syok. Tak sabar weyh. Lepastu lama2 dah feeling takut sebab asal dalam sangat location die ni. Hahahaha. Akhirnya sampai juga kat tempat parking hutan ni

Credit to: SINI

Selepas laluan ni, korang akan meredah segala kesusahan. Hahahaha

TAPI, tak berakhir di situ. Kitorang kena jalan tau kalau nak pergi mandi air terjun tu. Kitorang kena meredah hutan, batu giler tinggi segala bagai tu. Kau tau, kitorang dahla pakai selipar je, menyesal tanggalkan kasut kat dalam kereta! Sakit kaki woo. Nak redah hutan tu ambil masa dalam 30 minit. Kitorang berempat (semua perempuan) dah cuak sebab jauh sangat air terjun tu. Kitorang ingat nak patah balik ke kereta tapi alang2 dah masuk hutan tu takkan nak patah balik kan.

Finally, sampai juga air terjunnya. Berbaloi jugalah


Masa kitorang tengah syok mandi, ada sekumpulan lelaki Cina turun dari air terjun tu. Salah sorang kawan pandai cakap Cina, so dia tanya budak2 ni. Dia tanya ni tingkat berapa, dia kata ini baru tingkat 1. Hahaha, kitorang tak larat dah nak naik tingkat 2 sebab tak tahu cara nak naik sana. Kalau bawak kawan lelaki ok juga, boleh dia jadi tourguide. 


Before mandi selfie dulu. 

Kitorang tak mandi kawasan air terjun tu sebab macam dalam. Kitorang mandi bahagian lain. Oklah juga.




Time nak balik kan kena redah hutan tu balik. Boleh pula selipar tercabut. Memang cari pasal. Nasib baik boleh baiki balik. Lagi satu, time dalam hutan tu, boleh pula kitorang tak jumpa jalan keluar. Risau juga sebab jalan tu macam pelik, macam dah kena block. Pusing2 dalam hutan tu terpaksa la cari jalan lain nak keluar. 


Kat bawah ni bukan gambar milik Madi ye


Yang ni Madi teringin nak buat juga. 

Ada juga orang berkhemah kat Air Terjun ni tapi tak pasti dorang berkhemah kat tingkat mana



Kalau diberi peluang memang nak pergi lagi sebab tak puas. Dahla kitorang tak tahu jalan nak naik tingkat yang lain. Mandi pun tak puas juga. 


No comments:

Post a Comment

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen