Tuesday, 14 June 2016

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini).  Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah. 

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage 

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Sunday, 5 June 2016

Shopping Before Ramadhan di Calaqisya

Salam kepada pembaca. Kebanyakan entry di blog Madi tentang fesyen dan kecantikan. Sebab Madi memang minat dengan semua ni lagi2 kalau jenama2 terkenal macam ni. Harga memang agak mahal tapi berbaloi dengan kualitinya.

Sabtu lepas, 4/6/16 Madi&family jalan2 kat Shah Alam. Alaa, pergi kat tempat famous di Shah Alam. Tempat lubuk peniaga and tempat untuk shopping. First time dapat pergi sana. ^_^

Apa yang ada kat sana? Best? Hmm, memang best woo kalau ada duit. Hahahaha.
Memang banyak jenama2 popular yang ada kedai kat situ. Antaranya:


  • Calaqisya
  • Minaz
  • Bella Ammara
  • Pudore
  • Zawara
  • Jubahsouq
  • Imaan Boutique
  • Jovian Mandagie
  • Jakel
Actually banyak lagi. Kalau sehari memang tak cukup nak singgah semua kedai kat situ. Tempat parking pun banyak. So jangan risau ye. Untuk kaum lelaki, kerusi pun disediakan di luar dan didalam kedai. Tempat makan pun banyak.



Salah satu brand kesukaan Madi. Bila masuk je macam jakun. Ramai orang dalam Calaqisya ni. Kedai pun warna pink. Comel je. Yang syoknya Madi dapat jumpa dengan owner Calaqisya iaitu Encik Hazwan Faiz, isterinya, Puan Yana Khairudin dan anaknya Aisyah. Hehehe. Madi tak bergambar dengan Encik Hazwan Faiz sebab saya pemalu sebenarnye nak bergambar dengan kaum lelaki. Hehehehe


Instagram Puan Yana Khairudin: YANA KHAIRUDIN
Instagram Encik Hazwan Faiz: HAZWAN FAIZ
Instagram saya: MADIHAHDAISY


Inilah dia Puan Yana Khairudin. Sempoi je bila minta bergambar sekali. Pekerja pun ramah je. 
Madi dan mak beli dua helai blouse yang sama design tapi berlainan color. Dan juga sehelai shawl untuk mak. Beg shopping pun comel. Semua tentang Calaqisya ni memang Madi suka dari dulu lagi. Muah.

Ini antara koleksi yang ada di dalam butik. Bila tengok depan2, memang mengancam. Material memang berkualiti. 

Facebook Calaqisya: FACEBOOK


Jameela Kurung


Madi paling suka Inara Peplum ni. Sangat WOW! Tapi harga rm 239. Tak mampu nak beli, maklumlah student kolej. Huhuhu. 


Inara Kurung


Inara Jubah
Koleksi yang mak Madi paling berkenan. 

Nak tengok jenama lain: Boleh tengok sini: JENAMA BAJU GERGASI DI MALAYSIA


Kat Shah Alam ni, bukan ada butik and kedai makan je. Kat sini juga terletaknya Laman Seni guys. Korang bolehla bergambar sepuas-puasnya ye.




Jadi, sesiapa yang nak pergi sini, ini alamatnya:

Jalan Plumbum Q/7Q. PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7, SHAH ALAM.

Landmark: UITM SHAH ALAM