Saturday, 12 March 2016

KPMIM Percuma?

Assalamualaikum.

Entry ni khas untuk student yang nak masuk kolej. Apa  tu Kpmim? Free ke kalau nak study sini? Meh baca sampai habis.

Nama diberi Kolej Profesional Mara Indera Mahkota and terletak di  Kuantan Pahang. Mungkin ramai yang tak tahu kewujudan kpmim ni. Maklumlah, kptm kan lagi popular. xD

Kpm ni bukan setakan ada kat Kuantan je. Negeri lain pun ada juga antaranya di Johor, Melaka dan Beranang.

Yang bestnya masuk Kpm ni korang akan diberi elaun sebanyak RM300 sebulan secara percuma. Kalau untuk kos PIP tak ingat berapa. Korang tak payah bayar balik selepas graduate KECUALI kalau korang ditamatkan pengajian sebelum habis belajar. Kalau yuran asrama, dan lain2 tu kena bayar tapi takdelah banyak mana. Asrama pun disediakan oleh pihak kolej.

Sem 1 wajib stay asrama. Sem 2 tak ingat. Nak duduk dalam asrama sampai habis sem no hal asalkan kau aktif time ada aktiviti yang kolej buat. Sebab saya pun stay sampai habis sem.

Asrama Impian - Student Perempuan

Asrama Idaman- Student Perempuan

Asrama Ilham- Student Lelaki (Time sem1, ni asrama perempuan)

Student yang bawa kereta, korang kena parking kat sini. 


Monyet merata-rata. Hehehe

Time sem 1, dah kena mengundi untuk MPP baru. 
Rindu orang dalam gambar ni (my friends huhu )

Yang ni pula Dewan Kpmim.



Aircond disediakan. Time kitorang dulu takde aircond semua ni. Bertuah student baru.

Kos yang ada kat Kpmim:
  • Diploma in Computer Networking (Saya ambil kos ni) 
  • Diploma in Business and Digital Creative Media Production
  • Diploma in Eng Communication
  • Diploma in Accountacy
  • Pip
Kalau bab pakaian, setiap hari RABU: Pakai baju English Day + sepasang kain color hitam.
Hari2 lain wajib pakai baju kurung/jubah untuk perempuan. Tudung? Jangan risau, bawal and shawl boleh digayakan. Shawl tu dulu tak boleh pakai pergi kelas and undang2 boleh pakai shawl tu baru start Januari 2016.

Kalau lelaki kena pakai baju formal + tie. No seluar jean okay?

Ramai yang tanya attire time kelas, so Madi share je kat sini

Lelaki:
Baju Polos
> Lengan panjang dan pendek
> Bertali leher digalakkan
> Memakai kad ID pelajar
> Berkasut kulit/pvc warna gelap dan berstokin




Kalau ada soalan, tanya kat instagram, nmadi.h , email atau tanya kat Mpp Kpmim: Mpp Kpmim
Kat blog ni saya jarang online. ☺

Jempu baca entry baru saya, Majlis Graduasi KPMIM 2018Convocation Day 2018


Time dah final sem, ni benda tak dapat dilupakan. Kawan sendiri terlanggar tembok ni.