Habis SPM, nak buat apa?



credit: Fizgraphic

Madi nak ucapkan tahniah sebab dah habis SPM. Mesti happy giler kan? Cuti pun lama.
Baju sekolah pun mesti korang conteng or apa2 jelah kan?

So, lepas dah habis SPM, apa yang nak dibuat eh? Banyak benda korang boleh buat sebenarnya.

1. CARI KERJA

     Perkara first yang mesti korang terfikir nak buat kan? Banyak kedai yang korang pergi untuk apply kerja. Sebelum korang apply kerja tu, korang akan di interview dulu. Tauke akan tanya, umur korang, ada kenderaan tak nak pergi tempat kerja, berapa lama nak kerja.
Madi dulu kerja kat taska. Best woo.

2. MASUK PROGRAM MARA

  Yang ni salah satu perkara yang bawa faedah juga. Korang boleh apply bidang kemahiran yang ditawarkan ikut minat korang juga. Macam kawan Madi, dia join course bakeri sebelum dapat result SPM. Dia belajar buat kek, sambil tu dia jual. So dapat lah duit juga. Elaun tak pasti dapat ke tak. Tak ingat hehehehe.

3. AMBIL LESEN KERETA

       Siapa yang tak apply ni, memang rugi. Hahahah. Madi dah ada lesen. Nanti korang dah start study, susah nak belajar kereta nanti. Masa nilah korang kena belajar memandu.

4. PLKN

    Siapa yang terpilih, tahniah ye. Seriously mula2 korang macam bengang je dapat PLKN, tapi percayalah, lama2 nanti korang akan suka. Banyak pengalaman manis dan aktiviti yang korang dapat belajar dari sini.


2 comments:

  1. Nice one.. dulu saya pun habis SPM je terus cari kerja sbb nak rasa pegang duit sendiri.. n nak rasa mcm mane susah bekerja tu.. hehehe :)

    ReplyDelete
  2. Tinggal 1 paper ..lepasni freedom ..ingatkan nak krja ..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.