Loom Band Bahaya Ke?

 Assalamualaikum para pembaca. Lama tak update blog ni.
So kali ni nak bercerita tentang LOOM BAND, gelang yang hot pada masa kini. Lawa kan?
Well, gelang ni makin digilai oleh semua jantina, kanak2 mahupun dewasa. 
Tapi, baru2 ni surat khabar, berita memaparkan yang loom band ni bahaya kepada kita semua. Lagi2 kat budak2 kecil.
 
 
 

Loom Band bahaya sebab sesetengah daripadanya ada kandungan kimia yang berbahaya.  Sebagai contoh, terdapat kes cedera dimata termasuk seorang budak lelaki yang hampir kehilangan dua jari selepas getah tersebut dibalut terlalu ketat di sekeliling jarinya. 


"The Birmingham Assay Office iaitu sebuah syarikat bebas yang menguji keselamatan mainan melaporkan bahawa daripada 16 paket yang telah diuji, kebanyakkan daripadanya tidak melepasi tahap keselamatan yang dibenarkan kerana kandungan phthalates yang tinggi di dalamnya. Undang-undang membenarkan kandungan phthalates adalah 0.1 peratus mengikut berat bahan dalam mainan dan barang-barang penjagaan kanak-kanak tetapi dari 16 paket yang diuji, kebanyakkannya mengandungi lebih 50% kandungan phtalates."

Jadi, kepada ibubapa, kakak2, abang, makcik2 yang ada anak kecil, adik kecil, elakkanlah daripada membeli loom bang ye. Walaupun lawa tapi tetap bahaya kepada kita.  
Nak beri juga anak2 pakai? Mungkin boleh tapi sekali sekali lah. Tapi lebih bagus kalau kita elak perkara buruk daripada berlaku kan? 
 

3 comments:

  1. Tulahh , waktu loom band nii jadi trend rasa macam nak beli .
    Tapi bila dah selalu nampak entry / status org lain and termasuk blog comell nii jugakk . Rasa tak jadi pulak nak beli . Hehe .

    ReplyDelete
  2. buat penat penat jadi hiasan jela... tkyah pakai haha

    ReplyDelete
  3. hmmm lawa.. tapi sayang.. merbahaya

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.