Menu Jejas Kesihatan

Sunday, September 15, 2013


1. Roti canai
Satu kepin roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan 2 keping roti canai, jumlah berganda, iaitu 600 kalori. Untuk menghapuskan kalori sebanyak itu, anda perlu menaiki treadmill selama 90 minit untuk membakar kalori itu.

2. Nasi goreng
Biasanya satu pinggan menu ini mengandungi 630 kalori. Ini kerana nasi goreng ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng menu kurang seimbang. Kalau korang tambah lagi bahan lain, mesti lagi banyak kalori kan?


3. Aiskrim
Aiskrim memang yummy!! Tapi, aiskrim tinggi lemak dan gula serta kalori. Dua scoop aiskrim mengandungi 360 kalori.


4. Burger
Ia tinggi dengan kalori kerana bahan asas seperti daging kisar tinggi lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 470 kalori. Biasanya ramai orang yang suka letak mayonis, sos dan keju. Korang ada letak sayur tak?


5. Makanan bergoreng
Makanan bergoreng memang sedap. Tapi, sekeping pisang goreng mengandungi 170 kalori.

6. Nasi lemak
Menu ini memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tak kira pagi, siang atau malam. Tetapi, menu ini menggemukkan dan mampu mengundang penyakit kerana sepinggan menu mengandungi 450-500 kalori.

7.Susu pekat manis
Susui penuh krim ini kurang elok diambil setiap hari. Kandungan lemak tinggi walaupun ia ada sumber kalsium. Gantikannlah dengan susu kurang kandungan lemak atau rendah lemak.


8. Mayonis
Suku cawan mayonis yang sering dimakan bersama makanan fast food seperti nuget, mengandungi 360 kalori (40 gram lemak).

                                                                                          sumber : Berita Harian

8 comments:

  1. huh, byknya kalori. mkn sekali sekala xpe kn.. huhu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. takpe.. saya pun makan juga.. makanan wajib tu..

      Delete
  2. weeeee.. semua kat atas tu makanan feberet kot.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. takpe.. boleh makan lagi.. hehehehe..

      Delete
  4. Sy rasa makanan ni lah orang kita (malaysia) selalu makan...
    Patut lah semakin 'sihat'...haha

    ReplyDelete
  5. New Segmen di blog HBJ! Jom join! :D hanya 5 step untuk join ! Senang! Cepat dan Mudah! Dapat mengeratkan silaturrahim, trafik blog juga akan menaik! Apa lagi yang ditunggu ? Marilah join! :D Jom hebohkan blog HBJ! ^_^ http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/09/my-twinkle-segmen.html

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca? Harap komen

Powered by Blogger.